Tuesday, December 18, 2012

Bicara Hati


Kadang-kadang hati risau tak menentu memikirkan masa hadapan. Bukan kerana tidak yakin dengan janji Allah, bukan jua tidak percaya pada rezeki yang telah Allah titipkan buat hamba2Nya. Tapi sering saja hati ini gusar. Berapa lama lagi keadaanku harus begini? Manakah jalan yang masih tidak dapat ku lihat untuk menemukan pintu yang kucari? 

Seringkali ku peringatkan buat teman2 yang meminta pendapat dan nasihat; 'Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku itu pasti terselit sebuah hikmah yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar'. Tika ini, nasihat ini harus ku berikan buat hati dan jiwa ini yang gelisah. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik yang telah Allah rencanakan buatku. Wahai diri, bertenang dan bersabarlah. 


Ingatlah kata2 Hasan al-Basri ini wahai hati:

"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah kalbuku
selalu tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan
orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah
mengawasiku, kerana itulah aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam
keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah
aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah."






muhasabah diri


Friday, December 7, 2012

Mati hidup kembali ~ Zombie??

Assalamualaikum buat semua..

Hari ni terbaca satu kisah yang memang sangat2 menggelikan hati.. Terasa nak gelak guling2 pun ada (tapi xbuat pun). :D. Allahuakbar.. Tidak pernah terfikir untuk jadi popular di laman sosial dengan cara mengupdate kematian sendiri. Kan tak elok tu.. :)
Allah dah bagi kesihatan yang baik, umur yang panjang, mengapa berani sungguh bermain2 dengan ajal?
Gara2 status pasal kematian palsu tu, ramai yang tak semena mena telah membazirkan air mata.. Sampai yang bengkak2 mata pun ada.. Kesian pada kawan2 dia yang bersungguh2 sedih tu.. 
Cuma satu hal yang tidak pasti, 
sama ada empunya diri sengaja mereka-reka cerita atau telah dihacked oleh orang lain, itu wallahu a'lam.. Allah sahaja yang maha mengetahui segalanya..

Sekadar Gambar Hiasan




Thursday, December 6, 2012

Detik Terindah Buat Seorang Pelajar

Bismillahirrahmanirrahim..
Kalam indah yang sering dilafaz untuk memulakan sesuatu. Insya Allah ada barakahnya..

Alhamdulillah.. tanggal 4 disember 2012, perasaan gembira, bahagia, terharu bercampur baur hingga tidak terasa penat lelah sepanjang istiadat konvokesyen berlangsung. Walau ada sedikit kekurangan, tetapi terubat dengan kehadiran insan yang sentiasa bertakhta dihati.. Alhamdulillah.. :)


Insya Allah, perjuanganku tidak akan berhenti sampai disini. Masih terlalu banyak ilmu yang wajib dipelajari. Ilmuku masih kurang, Akalku masih dangkal. Bukan ilmu duniawi semata yang kucari, insya Allah juga ilmu akhirat yang akan sentiasa ku gali hingga ke akhir hayat.

Tahniah buat semua teman dan sahabat! Tidak akan luput nama kalian dalam setiap helaan doa.. Semoga semuanya sentiasa dilimpahi rahmat Allah.. Terima kasih juga buat teman yang sanggup berkorban masa dan waktu dan sudi menjadi peneman setia hingga ke akhirnya.. Alhamdulillah, hanya Allah yang dapat membalas jasa baikmu.



'Tuntutlah ilmu hingga keliang lahad' insya Allah.. ^_^