Dengan lafaz Bismillah aku mulakan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat dan pembaca yang dikasihi.
Alhamdulillah aku masih lagi berkesempatan untuk terus membuat coretan. Semoga ada manfaatnya.
Sudah menjadi adat, REMAJA hari ini sangat suka post2 berkaitan dengan cinta. Lagi2 yang agak Islamik. Termasuk juga aku. hehe.. Sebenarnya nak dikata diri jiwang tak ada lah pulak, tetapi naluri manusia itu sendiri yang suka mencintai dan dicintai. Betul tak?
Mencintai sesuatu itu tidak salah kerana ia sendiri merupakan fitrah manusia.
"Kalau mencintai dan dicintai itu tidak salah, mengapa couple itu diharamkan? Mengapa lelaki dan perempuan dilarang keluar berdua2an hatta untuk mengulangkaji sekalipun? Mengapa ketat sangat peraturan dalam Islam ini? Mengapa bla bla bla?? Mangapa mengapa mengapa? Macam2 lagi persoalan dan pertanyaan yang sering bermain diminda.
Ketahuilah sahabatku, couple itu tidak haram selagi hubungan itu halal disisi Islam. Pasangan couple antara suami isteri itu tidak haram. Malah lagi mendapat pahala jika perbuatan mereka saling menggembirakan hati pasangan masing2. Yang HARAM itu adalah couple antara dua insan yang bukan muhrim.
Kan Allah telah berfirman:
" Janganlah kamu menghampiri zina .
Sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(surah al - Isra' 17 : 32)
Ini bermaksud, Allah sangat melarang kita bukan sahaja berzina, malah menghampiri zina pun Allah tegah.
Mengapa Allah melarang kita menghampiri zina? Ini kerana, kita sudah maklum, nafsu itu sangat besar tuntutannya. Sehinggakan ahli ibadah juga ada yang tersungkur dek kerana nafsu. Daripada kita terjerumus ke lembah maksiat, lebih baik kita menjauhi perkara2 yang boleh membawa kita kelembah kehinaan.
Lagi2 kita yang memang sangat tipis imannya. Takut2 perasaan cinta yang FITRAH itu bakal bertukar menjadi FITNAH. Astaghfirullah, Nauzubillahi min zalik..
"Wahai sahabat yang sangat ku kasihi, sentiasalah berpada dalam bersahabat. Walau sekepala mana pun antara kita dan sahabat kita, batas2 dalam bersahabat itu tetap ada. Islam itu sangat indah. Ingatlah sahabatku, segala larangan Allah itu ada hikmahnya. Segala perintah Allah itu ada hikmahnya. Semoga kita menjadi insan dan hamba Allah yang bertaqwa."
Andai engkau telah punyai pilihan hati, beristikharahlah meminta petunjuk daripada Allah. Jika engkau lelaki, pinanglah wanita yang ingin kau jadikannya sebagai suri hatimu. Andai engkau perempuan, pintalah orang yang ingin kau jadikannya sebagai imammu untuk meminangmu. Andai dihalang oleh orang tuamu, mintalah petunjuk daripada Allah. Sesungguhnya setiap sesuatu yang berlaku itu terselit sebuah hikmah yang kita tidak nampak. Berdoa dan bersabar itu lebih baik walau hakikatnya ia sangat menyakitkan hatimu.
Istikharah Cinta- Sigma
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
diistikharah cinta..
'Akhlak dijaga Maruah terpelihara, Cinta sejati hanya untuk Ilahi, Cinta manusia tidak kekal selamanya'
No comments:
Post a Comment