Wednesday, October 24, 2012

Tidak Seindah Kalam Berbicara

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, Kata puji-pujian yang selayaknya hanya untuk ALLAH Tuhan pencipta alam. Merasa diri terpanggil untuk coretan tazkirah buat diri dan teman semua. Aku bukan seorang penulis, bukan jua seorang puitis. Aku hanyalah insan biasa yang tidak lari dari kesilapan dan kekhilafan. Segala yang ku nukilkan hanyalah yang terlahir dari akal yang memikir dan hati yang merasa. Semoga terkandung rahmat dan redha Allah.. Aminn..

Kata guru " Kata-kata itu boleh menyakitkan dan juga menyembuhkan. Pilihlah kamu antara dua." Sehingga kini pesanan itu masih tersemat diqalbu. Alhamdulillah, terima kasih cikgu! Lantas segala ucapanku terlayang diminda. Astaghfirullah., dalam ingin menyampaikan pesanan berbentuk kebaikan, lidahku masih tidak terlepas dari kata2 yang mengguris hati. Masih sahaja terhambur kata2 amarah disaat nafsu amarahku tidak dapat dikawal. Disaat aku ingin menjaga hati orang disana, aku terlupa bahawa hati orang disini ada terguris keranaku. MAAFkan aku!




Benarlah kata pepatah ' Kerana mulut badan binasa'. Pesan guruku lagi "Sekiranya engkau marah, bersabar dan diamlah. Memaafkan itu lebih baik". Hehe, sayang cikgu! kerana tidak jemu2 memberi nasihat. InsyaAllah akanku jadikan panduan.. :)