Kadang-kadang hati risau tak menentu memikirkan masa hadapan. Bukan kerana tidak yakin dengan janji Allah, bukan jua tidak percaya pada rezeki yang telah Allah titipkan buat hamba2Nya. Tapi sering saja hati ini gusar. Berapa lama lagi keadaanku harus begini? Manakah jalan yang masih tidak dapat ku lihat untuk menemukan pintu yang kucari?
Seringkali ku peringatkan buat teman2 yang meminta pendapat dan nasihat; 'Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku itu pasti terselit sebuah hikmah yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar'. Tika ini, nasihat ini harus ku berikan buat hati dan jiwa ini yang gelisah. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik yang telah Allah rencanakan buatku. Wahai diri, bertenang dan bersabarlah.
Ingatlah kata2 Hasan al-Basri ini wahai hati:
"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah kalbuku
selalu tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan
orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah
mengawasiku, kerana itulah aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam
keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah
aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah."
muhasabah diri |
No comments:
Post a Comment