Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah S.A.W. Semoga mendapat syafaat diakhirat kelak. Aaminn..
Berdebar-debar. Itulah apa yang aku rasakan untuk dua malam berturut-turut. Satu perasaan yang tidak boleh dielak apabila ada cubaan orang luar untuk masuk ke rumah. Sudah menjadi kebiasaan bagi aku dan adikku bersantai-santai diruang tamu sebelum masuk tidur (kadang2 sampai tertidur pun ada).
Malam semalam dalam lingkungan jam 1.45 pagi kedengaran angin kuat diluar menandakan hujan lebat bakal turun. Tiba-tiba terdengar bunyi seretan tapak kaki orang berjalan diluar. Kami saling berpandangan. Terdiam seketika. 2 minit kemudian terdengar lagi bunyi yang sama. Aku terus pasang telinga, dalam waktu yang sama abah bangun dari tidur setelah dikejut oleh adik. Perlahan2 kami mengintai ke luar dari tingkap dapur. Terlihat tangan orang sedang bergerak2 dimeja luar (seperti sedang berbincang sesuatu). Tingkap ditutup dan kami kembali ke ruang tamu depan. Bersiap sedia dengan segala kemungkinan. Malangnya kaki abah tersadung kerusi. Seperti tersedar orang dalam rumah sudah terjaga, mereka berdiam diri untuk seketika. Aku cuba intai dari tingkap depan (kebetulan pecah). Meja luar kosong!
Lega seketika. Mungkin mereka sudah pergi.
Malam itu, kami tidur di ruang tamu untuk berjaga2. Hampir pukul 3 tiba2 alarm berbunyi. Aku terkejut, tersentak, semua perasaan bercampur baur. Ada orang cuba umpil pintu dapur. Terus abah matikan alarm. Tidak sampai seminit alarm berbunyi lagi. Abah matikan alarm dan terus kedapur. Mungkin kerana terkejut dengan bunyi alarm, mereka lari. Alhamdulillah..
14 Nov 2012.Malam tadi hampir pukul 1 pagi aku terjaga. Terasa panas tiada angin lalu. Oh, blackout rupanya. Patut gelap gulita. Aku lihat jam di henset sudah pukul 12.49. Allah.. lama lagi nak tunggu pagi. Baru nak terlelap tiba-tiba terdengar bunyi orang terlanggar sesuatu dan kaca pecah. Segar mata aku terus. Hilang segala perasaan mengantuk. Nak bergerak sorang2 aku takut. Nak buat tak tahu je pun lagi aku takut. Kesudahannya aku bergerak ditemani adikku. Kami kejut abah. Sambil bawak parang, kami kedapur untuk mengintai. Malangnya, dalam keadaan gelap gelita, penglihatan mata kami terhad. Ibarat orang buta masuk ke dalam gua. Kotak alarm diruang tamu berbunyi2 tanda hampir kehabisan bateri. Baru hendak melangkah ke ruang tamu, terdengar bunyi suara orang bercakap diluar. Debar semalam tak hilang lagi, dah berdebar balik jantung aku. Abah langgar kerusi tanda orang dalam rumah sudah terjaga. Bunyi di luar tiada lagi. Hampir jam 4 pagi mata aku masih terkebil2. Tak boleh nak lelap. Risau, takut bercampur dengan panas. Entah bila aku terlelap. Jaga2 sudah pukul 6 pagi. Sejuk je rasa. Alhamdulillah dah pagi.. elektrik pun dah ada balik.
Janganlah malam ni aku akan lalui benda yang sama. (-_-)'
"Ya Allah peliharalah aku dan seluruh ahli keluargaku dari kejahatan makhlukMu" Aaminn..
"Ya Allah peliharalah aku dan seluruh ahli keluargaku dari kejahatan makhlukMu" Aaminn..
No comments:
Post a Comment