Monday, January 21, 2013

Solat Sunat Dhuha



Assalamualaikum buat semua, dipagi hari ini apa kata kita lakukan solat sunat dhuha.

Daripada Abu Hurairah r,a, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mengerjakan solat sunat dhuha secara istiqamah, nescaya akan diampunkan dosanya oleh Allah sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan." 

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

Solat Sunat Dhuha mendatangkan keberkatan rezeki dan menolak kemiskinan. Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Waktu Solat Sunat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Bilangan Rakaat Solat Sunat Dhuha

Antara 2 hingga 12 rakaat ( 2rakaat 1 salam)

Cara Mengerjakan Solat Sunat Dhuha

1. Niat

أُصَلِّي سُنَّةً الضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala.



2. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

a. Solat sunat Dhuha dua rakaat:

    i/ Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;

    ii/ As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;

    iii/ Al-lail dan Al-Insyirah.


b. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

    i/ Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.

    ii/ Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas


3. Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:


Maksudnya: Berikanlah aku wahai yang Maha Pemberi ilmu dan hikmah dan kurniakanlah aku wahai Yang Maha Pengurnia, jadi mudahkanlah aku.


4. Doa:


Fadhilat Solat Dhuha
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).

Wednesday, January 16, 2013

Listen.. listen.. listen

Bismillahirrahmanirrahim.. 
Dengan nama Allah aku mulakan penulisan ini.
"LISTEN.. LISTEN.. LISTEN, LET ME SPEAK" menjadi sangat popular akibat perlakuan Presiden Wanita 1Malaysia terhadap seorang mahasiswa yang dianggap biadap kerana kata2nya yang seakan menghina dan memalukan mahasiswa tersebut, Ms javani. Walaubagaimanapun, tindakan Ms Javani yang berani bersuara dan bertanya menunjukkan mahasiswa kini bukan lagi yang hanya 'LISTEN dan FOLLOW' tanpa berani bertindak. Hakikatnya kini mahasiswa semakin bijak dalam menilai. Ayuh kita bangkit bersama!

Photo: Listen.. Listen.. Listen.....

-pertapa_gatal-

Listen..Listen..Listen...
Listen to Me ! Let Me Speak ..

Negara kita banyak masaalah
Kucing bermasaalah
Anjing bermasaalah
Ikan Jerung bermasaalah
Lembu juga bermasaalah
Pemimpin negara lagi bermasaalah

Listen..Listen..Listen...
Listen to Me ! Let Me Speak ..

Negara ini sarat dengan masaalah
NFC bermasaalah
FELDA bermasaalah
Daftar pemilih bermasaalah
Undi pos bermasaalah
Royalti bermasaalah
Sekatan Media bermasaalah
ISA bermasaalah
Indeks jenayah bermasaalah
Gejala sosial bermasaalah
Menteri bermasaalah

Listen..Listen..Listen...
Listen to Me ! Let Me Speak ..

Kalau masaalah dikira nilai
Kenapa masaalah siswa diabai

Listen..Listen..Listen...
Listen to Me ! Let Me Speak ..

Memo sudah menimbun dihantar
Dialog telah diatur menjajar
Tegur dan nasihat kepalang ajar
Malang BN sukar nak dengar

Listen..Listen..Listen...
Listen to Me ! Let Me Speak ..

Rakyat jangan dipandang hina 
Siswa pantang diperlaku durjana
Ada aqal bangunlah menjana
Kenapa biar ummah merana

Siswa siswi kian berani menegur
Tahniah ! agar ilmu tidak dilacur
Asal salah mesti hancur
Asal benar mesti akur

Listen..Listen..Listen...
Listen to Me ! Let Me Speak ..

PR tekad menghapuskan PTPTN
Rakyat tekad menjatuhkan BN

PR tekad Ubah Sekarang
Rakyat bangkit cipta gelombang

PR telah bersiap siaga
Rakyat gigih mengerah jiwa raga

Bavani ! Listen to me
I'm proud of you!

-Nasrudin bin Hassan-

Friday, January 11, 2013

Fahami Al-Fatihah tersurat dan tersirat..Subhanallah



Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan dua nikmat terbesar iaitu nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. Semoga dimatikan dalam keadaan husnul khatimah. Amiinn..

Seringkali kita membaca dan melafazkan surah al-Fatihah ( Pembukaan) tidak kiralah didalam solat atau di majlis2 ilmu atau sebagai doa untuk dihadiahkan kepada orang lain dan diri sendiri. Tetapi adakah kita benar2 tahu dan faham makna ayat2 dalam surah al-Fatihah secara tersurat atau tersirat?

Surah Al-Fatihah ini dikategorikan sebagai Surah Makkiyyah iaitu yang di turunkan di Mekah dan terdiri daripada 7 ayat. Surah ini Nabi s.a.w. menamakan sebagai ( فاتحة الكتاب ) kerana ia adalah merupakan surah yang mula2 sekali dibaca dan dimulai di dalam Al-Quran.Selain itu, surah ini juga dinamakan ( أم القرأن )kerana ia merupakan induk bagi semua isi yang terkandung di dalam Al-Quran dan menjadi intisari kepada isi Al-Quran.Nama lain bagi surah ini adalah ( السبع المثاني ).Dinamakan sedemikian kerana ia mengandungi tujuh ayat dan sentiasa di baca berulang kali ketika di dalam solat.






MAKNA TERSURAT


1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


MAKNA TERSIRAT

1) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Walaupun ada khilaf mengenai 'Bismillahirrahmanirrahim ' apakah ia merupakan satu ayat dalam setiap surah atau ia merupakan satu ayat al-Qur'an yang dimulakan dengannya ketika membaca setiap surah, namun menurut pendapat yang arjah (terkuat) ia adalah satu ayat di dalam Surah al-Fatihah dan dengannya ia dikirakan tujuh ayat. Dan di sana ada suatu pendapat yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan firman Allah 'Azzawajalla:


87. Sesungguhnya Kami telah kurniakan kepadamu tujuh ayat dari ayat-ayat yang diulang-ulangkan bacaannya dan al-Qur'anul 'Azim" (Al-Hijr) 

Iaitu Surah al-Fatihah yang disifatkan sebagai surah yang mempunyai tujuh ayat dan sebagai "al-Mathani" kerana ia diulang-ulangkan bacaannya di dalam solat. Memulakan sesuatu dengan "nama Allah" itu merupakan satu adab cara yang diwahyukan oleh Allah kepada RasulNya dalam ayat pertama yang diturunkan kepada beliau dengan ittifaq para ulama' iaitu:


1. "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan" (Al-'Alaq)

Adab cara ini amat sesuai dengan dasar kefahaman Islam yang agung, yang menganggapkan Allah bersifat Maha Awal dan Maha Akhir, Maha Zahir dan Maha Batin. Allah SWT adalah Zat yang maujud yang sebenar dan seluruh maujud yang lain mendapat kewujudan mereka dari kewujudan Allah dan segala permulaan yang lain adalah berpangkal dari kewujudan Allah, kerana itu amatlah wajar segala permulaan, segala harakat atau tindakan dan segala tujuan itu dimulakan dengan nama-Nya.

Allah SWT sifatkan diri-Nya di permulaan dengan sifat-sifat ar-Rahman "Maha Penyayang" dan ar-Rahim "Maha Pengasih" iaitu dua sifat yang mencakup segala pengertian, kasih sayang dan kasihan belas dan segala keadaannya. Hanya pada Allah SWT sahaja terkumpul dua sifat ini. Begitu juga hanya Allah sahaja yang wajar disifatkan dengan ar-Rahman "Maha Penyayang". Mana-mana hamba Allah boleh disifatkan dengan sifat ar-Rahim, tetapi tidak boleh disifatkan dengan sifat ar-Rahman dari segi kepercayaan dan lebih tidak wajar lagi dikembarkan kedua-dua sifat itu padanya.

Walaupun terdapat perselisihan pendapat tentang pengertian dua sifat ini, iaitu manakah di antara kedua-duanya yang mempunyai pengertian kasih sayang dan kasihan belas yang lebih luas, namun perselisihan itu bukanlah dari perbahasan yang kita hendak bicarakan dengan terperinci dalam Tafsir Fi Zilal ini, malah kita hanya membuat kesimpulan sahaja dari perbahasan itu bahawa kedua-dua sifat ar-Rahman dan ar-Rahim adalah meliputi segala pengertian kasih sayang dan kasihan belas juga meliputi segala keadaan dan bidangnya.

Jika memulakan sesuatu dengan nama Allah yang mengandungi maksud mentauhidkan Allah dan beradab sopan dengan-Nya itu merupakan dasar pokok dalam kefahaman Islam, maka pencakupan segala pengertian kasih sayang dan kasihan belas dengan segala keadaan dan bidangnya dalam dua sifat ar-Rahman dan ar-Rahim itu merupakan dasar yang kedua di dalam kefahaman ini dan ia juga menggariskan hakikat hubungan yang wujud di antara Allah dengan para hamba-Nya.

Setelah dimulakan dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih, maka diiringi pula dengan menghadap Allah serta mempersembahkan kepada-Nya segala sanjungan dan pujian dan menyifatkan-Nya sebagai Tuhan yang memegang teraju Rububiyah yang mutlak terhadap semesta 'alam.

2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

Alhamdulillah adalah perasaan kesyukuran yang melimpah pada hati mu'min sebaik sahaja ia teringat kepada Allah, kerana kewujudan dirinya dari mula lagi adalah dari limpah ni'mat kurniaan Ilahi yang membangkitkan kesyukuran, pujian dan sanjungan, malah di setiap kelip mata dan detik waktu, dan di setiap langkah Allah melimpahkan ni'mat dan rahmat-Nya ke atas seluruh makhluk-Nya terutama manusia, kerana itu mengucap Alhamdulillah di awal dan di akhir merupakan salah satu dari dasar-dasar kefahaman Islam secara langsung. (Firman Allah):

70. "Dan Dialah Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Dia, terpulang kepada-Nya seluruh kepujian di awal dan di akhir." (Al-Qasas)

Namun demikian, kemurahan dan limpah kurnia Allah ke atas hamba-hamba-Nya yang mu'min itu adalah sampai ke tahap setinggi-tingginya apabila hamba itu berkata: "Alhamdulillah", maka Allah akan tuliskan untuknya satu balasan kebaikan yang mengatasi segala timbangan neraca yang lain. Tersebut dalam Sunan Ibn Majah dari Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah menceritakan kepada mereka; iaitu ada seorang hamba Allah mengucap kepujian dengan kata:

(Ya rabbi lakalhamdu kama yam baghi li jala li wajhika wa 'azi mi sulto nik)

"Wahai Tuhanku! Segala kepujian itu terpulang kepada-Mu, iaitu kepujian yang layak dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kuasa-Mu."

Ucapan ini telah menyulitkan dua Malaikat pencatat amalan, kedua-duanya tidak tahu bagaimana hendak menulis pahalanya lalu kedua-dua Malaikat itu menghadap Allah dan berkata kepada-Nya: "Ada seorang hamba mengucapkan pujian yang kami tidak mengetahui bagaimana hendak menulis balasannya?" Firman Allah: (Sedangkan Dia lebih mengetahui apa yang telah diucapkan hamba-Nya itu) "Apakah pujian yang telah diucapkan oleh hamba Ku itu?" Jawab kedua-dua Malaikat itu dia berkata: "Wahai Tuhanku segala kepujian itu terpulang kepada Mu, iaitu kepujian yang layak dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kuasa-Mu." Firman Allah kepada kedua-duanya: "Tulislah ucapan itu sebagaimana yang diucapkan oleh hamba Ku sehingga ia menemui Aku dan Akulah sendiri akan membalaskannya."

Menghadap Allah dengan mengemukakan sanjungan dan kepujian menggambarkan perasaan mu'min yang terharu sebaik sahaja ia teringat kepada Allah sebagaimana telah kami terangkan sebelum ini. Adapun bahagian akhir ayat:

2. "... Tuhan yang memelihara semesta 'alam,"

adalah menjadi dasar kefahaman atau kepercayaan Islam kerana sifat Rububiyah yang mutlak dan menyeluruh itu merupakan salah satu daripada dasar-dasar 'aqidah Islam. Kata-kata "Rabb" bererti pemelihara, penguasa, pentadbir dan pengurus yang memelihara urusan islah dan kerja-kerja tarbiyah dan pengasuhan terhadap seluruh makhluk-Nya.

Allah tidak menciptakan 'alam kemudian membiarkannya begitu sahaja, malah Dia memperelok, menjaga, memelihara dan mengasuhnya, kerana itu hubungan di antara Allah dengan makhluk sentiasa berterusan pada setiap waktu dan keadaan.

Konsep Rububiyah Allah yang mutlak terhadap seluruh makhluk-Nya merupakan persimpangan jalan yang memisahkan di antara 'aqidah tauhid yang jelas dan sempurna dengan 'aqidah yang kabur yang terjadi akibat dari ketidakjelasan dan ketidaktegasan hakikat tauhid ini. Ramai manusia yang mengakui Allah sebagai Tuhan Pencipta 'alam, tetapi di samping itu mereka mempercayai berbagai-bagai tuhan yang lain yang menguasai kehidupan mereka. Kepercayaan yang seperti ini nampak jelas anih dan lucu, tetapi itulah yang telah berlaku dan sedang berlaku. Al-Qur'an telah menceritakan tentang perkataan sekumpulan kaum Musyrikin yang menyembah bermacam-macam tuhan itu.

3. "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendampingkan kami lebik dekat kepada Allah." (AZ-Zumar)

Al-Qur'an juga telah menceritakan tentang sekumpulan Ahlil Kitab.

31. "Mereka mengambil ulama'-ulama' dan paderi-paderi mereka selaku tuhan-tuhan yang lain dari Allah." (At-Taubah)

'Aqidah-'aqidah Jahiliyah yang tegak di merata negeri semasa kedatangan Islam adalah penuh dengan kepercayaan kepada berbagai-bagai tuhan yang disifatkan sebagai tuhan-tuhan kecil di samping tuhan yang agung mengikut sangkaan mereka.

Konsep Rububiyah yang mutlak yang meliputi seluruh 'alam yang terkandung di dalam surah ini merupakan persimpangan jalan yang memisahkan di antara 'aqidah yang tersusun rapi dengan 'aqidah yang kacau-bilau. Konsep ini bertujuan supaya seluruh 'alam bertawajjuh kepada Allah yang Tunggal yang Berkuasa Penuh dan menolak semua tuhan yang lain, juga menghapuskan kebingungan bertawajjuh kepada bermacam-macam tuhan itu dan seterusnya supaya hati seluruh 'alam tenang dan tenteram kepada naungan dan Rububiyah Allah yang kekal dan pemeliharaan-Nya yang tidak pernah putus dan tak kunjung hilang, bukannya seperti pendapat Aristotle -- yang dianggap sebagal setinggi-tinggi kefahaman falsafah -- yang mengatakan bahawa Allah telah menciptakan 'alam kemudian Ia tidak memperdulikannya dengan alasan kerana martabat Allah itu begitu tinggi dan tidak wajar untuk memikirkan sesuatu yang rendah dari-Nya dan kerana Allah hanya memikirkan tentang Zat-Nya sahaja: Aristotle yang mengeluarkan pendapat ini merupakan ahli faisafah yang paling besar dan akalnya merupakan akal manusia yang paling tinggi.

Islam datang ketika dunia dipenuhi dengan timbunan 'aqidah, pemikiran, dongeng, pendapat falsafah, kepercayaan yang karut-marut, yang bercampur aduk di antara yang benar dengan yang batil, yang betul dengan yang palsu, agama dengan khurafat, falsafah dengan dongeng, dan hati nurani manusia pada waktu itu meraba-raba dalam gelap gelita dan dalam sangka-sangkaan tanpa berpijak pada suatu keyakinan.

Padang gurun yang tidak mempunyai sebarang kemantapan, sebarang keyakinan dan sebarang nur itulah yang (menjadi latar belakang) yang melingkungi kefahaman dan pemikiran manusia terhadap Allah, sifat-sifat-Nya, hubungan-Nya dengan para makhluk-Nya terutama hubungan antara Allah dengan manusia.

Oleh sebab itu hati nurani manusia tidak berupaya memperoleh satu pegangan yang kukuh mengenai persoalan 'alam ini, persoalan diri mereka sendiri dan persoalan sistem hidup mereka sebelum mereka memperoleh pegangan yang kukuh mengenai persoalan 'aqidah mereka, persoalan kefahaman terhadap Tuhan mereka dan sifat-sifat-Nya dan sebelum mereka mendapat satu keyakinan yang jelas dan lurus di tengah gumpalan awan mendung, di tengah-tengah padang gurun dan di tengah-tengah timbunan sampah-sarap kepercayaan yang karut itu.

Seorang manusia itu tidak dapat memahami betapa perlunya kemantapan ini sehingga ia mengetahui betapa besarnya timbunan sampah kepercayaan yang karut itu dan sehingga ia memeriksa padang gurun yang penuh dengan berbagai-bagai 'aqidah, berbagai-bagai kefahaman, berbagai-bagai dongeng, berbagai-bagai pendapat falsafah, berbagai-bagai tanggapan yang karut dan berbagai-bagai fikiran yang kacau yang mencemari dan mempengaruhi hati nurani manusia. Inilah keadaan yang didapati oleh Islam ketika ia datang. Apa yang kami sebut secara sepintas lalu mengenai kepercayaan-kepercayaan ini hanya satu bahagian yang kecil sahaja. (Dalam pentafsiran surah-surah al-Qur'an kelak akan dibentangkan berbagai-bagai bentuk kepercayaan itu yang diolahkan oleh al-Qur'an dengan pengolahan yang lengkap dan sempurna).

Oleh sebab itulah perhatian pertama Islam adalah lebih dahulu ditujukan kepada usaha membersihkan bidang 'aqidah ketuhanan, menetapkan kefahaman yang meyakinkan hati nurani mengenai persoalan Allah dan sifat-sifat-Nya dengan para makhluk-Nya dan hubungan para makhluk dengan-Nya secara tegas dan yakin.

Oleh sebab itulah kepercayaan Tauhid yang sempurna, tulen, bersih dan menyeluruh, tidak bercampur dengan sesuatu yang asing sama ada dari dekat atau dari jauh merupakan tapak tegak kefahaman dan kepercayaan yang dibawa oleh Islam, dan Islam terus berusaha membersihkan kepercayaan ini dalam hati nurani manusia dan memeriksa setiap fikiran yang kotor di sekitar hakikat Tauhid itu supaya ia bersih dari segala kekeliruan dan kesamaran dan supaya tetap teguh tanpa dimasuki tanggapan yang karut baik dari apa-apa bentuk sekalipun. Demikianlah Islam memberi kata pemutus yang begitu jelas dan terang mengenai sifat-sifat Allah terutama sifat-sifat yang ada hubungan dengan sifat Rububiyah yang mutlak. Kebanyakan timbunan sampah-sarap kepercayaan yang wujud di padang gurun itu ialah sampah pendapat-pendapat falsafah dan 'aqidah-'aqidah yang simpang-siur, tanggapan-tanggapan yang kacau dan dongeng-dongeng yang karut tentang persoalan sifat-sifat ketuhanan yang amat penting ini, iaitu persoalan yang mempunyai kesan yang amat besar dalam hati nurani manusia dan budipekerti mereka.

Sesiapa yang mengkaji usaha-usaha yang berterusan yang telah dilakukan oleh Islam untuk menegakkan kata pemutus mengenal Zat Allah, sifat-sifat-Nya dan hubungan-Nya dengan para makhluk-Nya. iaitu usaha-usaha dalam bentuk penerangan nas-nas al-Qur'an yang begitu banyak tanpa mengkaji timbunan sampah-sarap (kepercayaan karut) yang berat yang wujud di padang gurun yang amat luas, di mana sesatnya umat manusia itu mungkin tidak dapat memahami sejauh mana ia memerlukan kepada penerangan al-Qur'an yang berulang-ulang itu dan kepada pemeriksaan yang begitu teliti di segala lorong dan pintu hati nurani itu. Tetapi dengan mengkaji timbunan sampah sarap itu dapatlah diketahui betapa perlunya usaha-usaha yang berterusan itu dan betapa besarnya peranan yang dilakukan oleh 'aqidah Islam untuk membebaskan hati nurani manusia dari kepenatan meraba-raba dan terumbang-ambing di antara berbagai-bagai tuhan palsu, kepercayaan-kepercayaan dan dongeng-dongeng yang karut-marut.

Keindahan, kesempurnaan dan keseimbangan 'aqidah Islam dan kemudahan hakikat Tauhid yang agung yang didokong oleh Islam itu tidak terserlah kepada hati dan akal manusia seterang yang terserlah kepadanya setelah ia lebih dahulu mengkaji dan menyelidiki timbunan sampah-sarap Jahiliyah dari berbagai-bagai 'aqidah, kepercayaan, dongeng dan falsafah terutama yang memperkatakan tentang hakikat ketuhanan dan hubungannya dengan 'alam. Ketika inilah 'aqidah Islam benar-benar merupakan rahmat yang haqiqi kepada hati dan akal, iaitu satu rahmat yang mengandungi keindahan dan kemudahan, kejelasan dan keseimbangan, kehampiran, kemesraan, dan keserasian secara langsung yang mendalam dengan fitrah manusia.

3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Kedua-dua sifat yang meliputi segala pengertian kasihan belas dan kasih sayang dalam segala keadaan dan bidangnya ini diulangi sekali lagi di tengah-tengah ayat untuk menonjolkan lagi ciri yang jelas dari konsep Rububiyah Allah yang sempurna dan untuk menegakkan asas-asas hubungan yang kekal di antara Allah dengan makhluk-makhluk-Nya iaitu hubungan kasih sayang dan belas kasihan yang merangsangkan kesyukuran dan sanjungan, hubungan yang ditegakkan di atas rasa ketenteraman dan kemesraan. Oleh sebab itulah kesyukuran dan sanjungan itu merupakan sambutan semulajadi terhadap rahmat kasih sayang dan belas kasihan yang lemah-lembut itu.

Tuhan yang disembah dalam Islam tidak memburu para hamba-Nya seperti musuh memburu musuh sebagaimana yang dilakukan oleh tuhan-tuhan atau dewa-dewa Olympus (tempat kediaman tuhan-tuhan) pada saat-saat mereka dilanda keinginan dan kemarahan seperti yang digambarkan oleh dongeng-dongeng Greek. Tuhan dalam Islam tidak merancangkan tipu daya membalas dendam terhadap para hamba-Nya seperti yang didakwa oleh dongeng-dongeng yang dipalsukan dalam Perjanjian Lama (Taurat) sebagaimana diceritakan di dalam dongeng Babel bab dua belas Sifrut Takwin (Bahagian Penciptaan).

4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

Ini merupakan 'aqidah pokok yang amat besar dan mempunyai kesan yang amat mendalam dalam seluruh hidup manusia, iaitu 'aqidah pokok mempercayai hari Akhirat. Kata-kata "yang menguasai atau penguasa" membayangkan darjah kuasa yang paling tinggi. "Hari Pembalasan" ialah hari penentuan balasan di Akhirat. Ramai orang yang percaya kepada Uluhiyah Allah dan percaya bahawa Allahlah yang menciptakan 'alam buana ini bagi pertama kali, namun demikian mereka tidak percaya kepada Hari Balasan. Keperihalan setengah-setengah mereka telah diceritakan oleh al-Qur'an.

38. "Dan jika Engkau bertanya mereka: "Siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi, nescaya mereka menjawab: "Allah". (Az-Zumar)

Kemudian dalam surah yang lain al-Qur'an menceritakan hal mereka:

2-3. "Bahkan mereka hairan kerana mereka telah didatangi seorang Rasul yang memberi peringatan dari kalangan mereka sendiri, lalu berkatalah orang-orang kafir: "Ini adalah suatu perkara yang amat aneh. "Apakah setelah kami mati dan menjadi tanah (kami akan dihidupkan kembali)? Itu adalah suatu perkembalian yang amat jauh." (Surah Qaf)

Kepercayaan terhadap Hari Balasan merupakan satu lagi 'aqidah pokok di dalam Islam. Nilai kepercayaan ini ialah ia meletakkan pandangan dan hati manusia pada sebuah 'alam yang lain setelah tamatnya 'alam bumi supaya mereka tidak begitu terkongkong kepada keperluan keperluan bumi sahaja dan ketika itu mereka tidak lagi terpengaruh kepada keperluan-keperluan bumi, juga supaya mereka tidak begitu gelisah untuk mendapatkan balasan dan ganjaran dari hasil usaha mereka dalam usia mereka yang pendek dan di 'alam bumi yang terbatas ini dan ketika itu barulah mereka dapat berbuat amalan-amalan semata-mata kerana Allah dan sanggup menunggu ganjarannya mengikut bagaimana yang ditentukan Allah sama ada di 'alam bumi ini atau 'alam Akhirat. Mereka sanggup menunggu dengan tenang dan yakin terhadap balasan yang baik itu serta berpegang teguh dengan kebenaran, mereka sanggup menunggu dengan selesa, lapang dada dan penuh kepercayaan, kerana itu kepercayaan kepada Hari Balasan merupakan persimpangan jalan yang memisahkan di antara perhambaan kepada keinginan-keinginan hawa nafsu dengan kebebasan insaniyah yang layak dengan kejadian makhluk manusia, persimpangan jalan yang memisahkan di antara tunduk kepada kefahaman-kefahaman bumi, nilai-nilainya dan ukuran-ukurannya dengan tunduk dan berpegang kepada nilai-nilai Rabbaniyah dan tidak tunduk kepada logik Jahiliyah. Seterusnya ia merupakan persimpangan jalan di antara insaniyah dalam bentuk hakikatnya yang unggul sebagaimana yang dikehendaki Allah kepada para hamba-Nya dengan insaniyah dalam bentuk-bentuknya yang buruk, menyeleweng dan tidak sempurna.

Kehidupan manusia tidak akan bergerak lurus di atas jalan Allah yang luhur selagi kepercayaan pokok kepada Hari Balasan ini tidak wujud dalam pemikiran mereka, selagi hati mereka tidak yakin bahawa ganjaran dan balasan di 'alam bumi ini bukanlah ganjaran mereka yang terakhir dan selagi mereka yang mempunyai usia yang terbatas itu tidak percaya bahawa di sana ada sebuah 'alam hidup Akhirat yang patut mereka berjuang dan berusaha untuknya dan patut berkorban untuk menbantu kebenaran dan mendokong kebaikan dengan kepercayaan akan mendapat balasan dan ganjaran Akhirat itu.

Orang-orang yang beriman kepada 'alam Akhirat dan orang-orang yang engkar akan hari Akhirat tidak mempunyai titik-titik persamaan dari segi perasaan, akhlak, kelakuan dan amalannya. Mereka merupakan dua golongan manusia yang berbeza. Mereka tidak bertemu di bumi dan tidak bertemu di Akhirat. Inilah persimpangan jalan.

5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Ini satu lagi 'aqidah pokok yang lahir dari 'aqidah-'aqidah pokok yang lepas yang telah diterangkan dalam surah ini, iaitu 'aqidah tiada 'ibadat melainkan untuk Allah dan tiada permohonan pertolongan melainkan kepada Allah.

Di sini juga satu lagi persimpangan jalan, iaitu persimpangan jalan yang memisahkan di antara kebebasan mutlak dari seluruh bentuk perhambaan dengan perhambaan mutlak kepada sesama manusia.

'Aqidah ini merupakan sebuah perisytiharan hari keputeraan kebebasan manusia yang mutlak dari perhambaan kepada kepercayaan-kepercayaan yang karut-marut dan dari perhambaan kepada peraturan-peraturan dan undang-undang yang diciptakan manusia. Andainya Allah itu sahaja Tuhan yang disembah dan dipohon pertolongan maka selama itulah hati manusia bebas dari perhambaan kepada peraturan-peraturan dan undang-undang ciptaan manusia dan dari perhambaan kepada tokoh-tokoh sebagaimana ia bebas dari perhambaan kepada dongeng-dongeng dan kepercayaan-kepercayaan yang karut-marut.

Di sini diterangkan sikap orang Muslim terhadap kuasa-kuasa manusia dan kuasa-kuasa 'alam (tabi'i).

Bagi seseorang Muslim kuasa-kuasa manusia itu terbahagi kepada dua jenis: Satu kuasa yang mendapat hidayah, yang beriman kepada Allah dan yang menurut jalan Allah, kuasa inilah yang harus disokong olehnya dan diberi kerjasama untuk menegakkan kebajikan, kebenaran dan kebaikan. Satu lagi kuasa ialah kuasa yang sesat yang tidak mempunyai hubungan dengan Allah dan tidak mengikut jalan-Nya. Kuasa inilah yang harus diperangi, ditentang dan dicemburui olehnya. Seorang Muslim tidak harus gentar kepada kuasa-kuasa yang sesat itu sama ada besar atau zalim, kerana kuasa yang sesat dan terputus dari kekuatan Allah tiada lagi mempunyai kekuatan yang haqiqi, ia telah kehilangan makanan tetapnya yang dapat memelihara tenaga kekuatannya. Ia adalah sama seperti nasib serpihan-serpihan dari sebuah bintang yang bernyala, iaitu ia hanya sebentar sahaja bernyala, kemudian ia beransur-ansur malap, mendingin dan terus padam biarpun bagaimana besar saiz serpihan-serpihan itu, tetapi sebiji atom yang kecil yang berhubung dengan sumbernya yang memancarkan sinar itu tetap kekal kekuatannya, kepanasannya dan cahayanya.

249. "Berapa banyak kumpulan yang sedikit telah mengalahkan kumpulan yang ramai dengan izin Allah?" (Al-Baqarah)

Yakni mereka dapat mengalahkan kumpulan yang ramai itu dengan sebab mereka mempunyai hubungan dengan Allah selaku sumber kekuatan yang pertama dan kerana mereka mengambil kekuatan mereka dari Allah satu-satunya sumber seluruh kekuatan dan kemuliaan.

Sikap seseorang Muslim terhadap kuasa-kuasa 'alam pula ialah sikap beramah-tamah dan bersahabat bukan sikap takut-takut dan bermusuh, kerana kekuatan manusia dan kekuatan 'alam adalah terbit dari kehendak iradat Allah belaka dan kedua-duanya dikendalikan oleh kehendak iradat Allah, kedua-duanya berlangsung seimbang dan saling membantu dalam pergerakan dan tujuan.

'Aqidah seseorang Muslim menyarankan bahawa Allah telah menciptakan kuasa-kuasa 'alam itu untuk menjadi sahabat dan teman pembantu yang boleh bekerjasama dan untuk menjalinkan persahabatan itu ia harus mengkaji, mengenalpasti dan bekerjasama dengannya serta bersama-sama bertawajjuh kepada Allah selaku Tuhannya dan Tuhan kuasa-kuasa itu. Dan andainya kuasa-kuasa itu kadang-kadang mendatangkan kemerbahayaan kepada manusia, maka itu hanya merupakan akibat dari sikap manusia yang tidak mengkajinya dengan teliti dan tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang undang-undang perjalanannya.

Biasanya orang-orang Barat yang mewarisi kepercayaan Jahiliyah Roman menggunakan ungkapan "menakluk 'alam" untuk menyatakan sesuatu kejayaan mempergunakan kuasa-kuasa 'alam. Ungkapan ini jelas menggambarkan satu pandangan Jahihyah yang putus hubungan dengan Allah dan dengan roh 'alam buana yang patuh kepada Allah, sedangkan seseorang Muslim yang mempunyai hubungan yang baik dengan Allah Tuhannya yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih, juga mempunyai hubungan yang mesra dengan roh 'alam buana yang bertasbih kepada Allah Tuhan yang memelihara semesta 'alam adalah tetap beranggapan bahawa di sana ada lagi hubungan yang lain dari hubungan menakluk yang kasar itu. Ia beranggapan bahawa Allah itulah Pencipta seluruh kuasa-kuasa 'alam itu, Allah menciptakan kuasa-kuasa itu mengikut satu peraturan yang sama supaya manusia dapat bekerjasama dengan-Nya untuk mencapai matlamat-matlamat yang telah ditentukan kepadanya mengikut peraturan itu. Sejak dari awal kuasa-kuasa itu telah diciptakan Allah supaya dapat digunakan oleh manusia, kerana itu Allah memberi kemudahan-kemudahan kepada mereka untuk menemui rahsia-rahsia kuasa itu dan mengenalpastikan peraturan-peraturannya. Oleh sebab itu manusia harus bersyukur kepada Allah apabila ia berjaya mendapat pertolongan dari mana-mana kuasa itu kerana Allahlah yang menundukkan kuasa-kuasa itu untuk digunakan mereka dan bukan mereka yang dapat menaklukinya. Firman Allah 'Azzawajalla:

29. "Dialah yang menciptakan untuk kamu segala apa yang ada di bumi." (Al-Baqarah)

Dengan sikap sedemikian hati seorang Muslim tidak akan dipenuhi dengan anggapan-anggapan yang salah terhadap kuasa-kuasa 'alam dan tidak akan timbul perasaan-perasaan cemas dan takut terhadap kuasa-kuasa itu. Ia hanya beriman, menyembah dan memohon pertolongan kepada Allah yang Tunggal sahaja, kerana kuasa-kuasa 'alam itu adalah dari ciptaan Allah belaka. Ia mengkaji dan mempelajari rahsia-rahsia kuasa 'alam dan dari kajiannya itulah ia mendapat pertolongan dari kuasa-kuasa itu dan mengetahui rahsia-rahsianya dan membolehkannya hidup bersama-sama kuasa-kuasa itu di sebuah 'alam yang mesra dan dalam hubungan persahabatan yang baik. Alangkah indahnya sabda Rasulullah SAW ketika beliau merenung Bukit Uhud:

"Bukit ini sayang kepada kita dan kita juga sayang kepadanya."

Dalam kata-kata ini terbayang segala perasaan kasih mesra yang tersemat di dalam hati Muslim yang utama Muhammad SAW yang terjalin di antaranya dengan kejadian-kejadian 'alam di ruangnya yang besar dan kasar.

Setelah menjelaskan dasar-dasar 'aqidah yang asasi dalam kefahaman Islam dan menjelaskan konsep tawajjuh kepada Allah yang Tunggal, iaitu konsep yang menentukan segala 'ibadat dan memohon pertolongan kepada Allah yang Tunggal sahaja, maka ayat yang berikut menjelaskan pula cara 'amali untuk bertawajjuh dengan berdoa kepada Allah dalam bentuknya yang umum sesuai dengan suasana dan sifat surah ini.

6) Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Maksudnya kurniakan Taufik kepada kami untuk mengenalpasti jalan yang lurus dan selepas mengenalinya kurniakanlah pula Taufik kepada kami untuk mengikut jalan yang lurus itu dengan penuh kejujuran.

Mengenal dan berjalan di atas jalan yang lurus itu merupakan hasil dari hidayah, pemeliharaan dan rahmat Allah. Bertawajjuh kepada Allah dengan berdoa merupakan hasil dari kepercayaan bahawa Allah itulah satu-satunya Tuhan yang berkuasa memberi pertolongan.

Hidayah inilah merupakan perkara yang paling penting bagi seseorang mu'min. Ia merupakan perkara utama yang harus dipinta pertolongan Allah untuk mencapaikannya. Mendapat Hidayah ke jalan lurus itulah jaminan kebahagiaan hidup di dunia dan Akhirat. Hidayah ke jalan yang lurus pada hakikatnya ialah Hidayah untuk memimpin fitrah manusia kepada undang-undang Allah yang mengatur dan memperseimbangankan di antara harakat manusia dengan harakat 'alam al-wujud seluruhnya menuju kepada Allah Tuhan Semesta 'Alam.

Ayat yang berikut menjelaskan sifat jalan yang lurus itu:

7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Yakni jalan orang-orang yang Allah kurniakan ni'mat-Nya kepada mereka bukan jalan orang-orang yang dimurkai-Nya, iaitu mereka yang mengenal jalan yang benar, kemudian mereka menyimpang darinya atau mereka yang sesat terus dari mula-mula lagi dari jalan yang benar. Jalan yang lurus ialah jalan orang-orang yang berbahagia, yang mendapat hidayah dan sampai kepada Allah.

Di samping itu, inilah surah yang dipilih untuk dibaca berulang-ulang kali dalam setiap solat dan mana-mana solat tidak sah tanpa membacanya. Walaupun surah ini pendek namun ia mengandungi dasar-dasar 'aqidah yang asasi dalam kefahaman Islam dan mengandungi tawajjuh atau doa-doa kepada Allah secara sedar yang terbit dari kefahaman itu.

Tersebut dalam Sohih Muslim dari hadith al-'Ala' ibn Abdur Rahman Maula al-Harqah dari bapanya Abu Hurairah dari Rasulullah SAW:

Firman Allah Ta'ala: "Aku telah membahagikan solat (al-Fatihah) kepada dua bahagian, separuhnya untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku," apabila hamba-Ku berkata: (alhamdulillahirabbil'ala min) Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku" apabila hamba itu berkata: (arrahmanirrahim) Allah menjawab: Hamba-Ku telah memberi sanjungan kepada-Ku:" apabila hamba itu berkata: (malikiyaumiddin) Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagung-agungkan-Ku dan apabila hamba itu berkata: (iyakana'buduwaiya kanasta'in) Allah menjawab: "Ini di antara hamba-Ku dengan Aku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku," apabila hamba itu berkata: (ihdinassira tal mustaqim siratallazi naan 'am ta 'alaihim ghairil maghdu bi 'alaihim waladdha lin) Allah menjawab: "Ini untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku."
Setelah maksud ayat-ayat itu dihuraikan dengan jelas ternyatalah kepada kita bahawa hadith yang sohih ini telah mendedahkan salah satu daripada rahsia-rahsia (kebesaran) surah al-Fatihah ini yang dipilih sebagai surah yang dibaca oleh setiap Muslim sebanyak tujuh belas kali sehari semalam atau sebanyak mana yang disukainya apabila ia berdoa kepada Allah di dalam solat.






Sumber: http://asiaticaherb.blogspot.com/2010/03/maksud-ayat-atau-surah-al-fatihah.html

Monday, January 7, 2013

Mengenali potensi diri melalui TARIKH LAHIR



Bismillahirrahmanirrahim..

Siapa sangka bahawa kita boleh mengenali diri melalui tarikh lahir kita sendiri melalui kaedah sains metafizik. Ramai orang yang berjaya di luar sana menggunakan tips ni untuk kenali potensi diri mereka sendiri dan akhirnya berjaya. Alhamdulillah. Bukan semata kerana ingin mengetahui kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri, malah boleh perbaiki segala kelemahan dan kekurangan. TAPI,, Janganlah terlalu taksub dengan benda ni. Setakat ni, bila dah try buat kat diri sendiri, family dan kenalan semua,, 90% tepat. Ada kena mengena jugak lah. Yang lagi 10% tu tak mengena sangat.. Apa pun jom.. check it out..!





Yang kat atas ni adalah rajah yang dah di label untuk senang nak faham. 



~Pertama, nombor kod asas diwakili oleh huruf O di dalam bulatan biru. Nombor kod asas ini mewakili ciri-ciri utama individu.


~ Kedua, nombor-nombor cermin diwakili oleh huruf S dan T di dalam bulatan hijau. Sekiranya nombor-nombor cermin ini memiliki nilai yang sama; sebagai contoh S = 6, dan T = 6, maka individu tersebut dikatakan berpotensi besar untuk menjadi seorang individu yang amat hebat dan popular.


~Ketiga, nombor chassis atau nombor kod peribadi. Nombor chassis ini terdiri daripada I, J dan O. Nombor chassis ini juga dikatakan sebagai nombor kombinasi penentu sifat peribadi seseorang. Kedudukan nombor-nombor chassis ini telah aku warnakan dengan warna biru cair.


~Keempat, nombor-nombor circular yang terdiri daripada kesemua 16 nombor yang diwakili oleh huruf A, B, C, D, E, F, G ,H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S dan T. Kombinasi nombor-nombor tertentu daripada nombor circular ini juga dikatakan satu cara lagi untuk menghalusi sifat peribadi individu.


Ada beberapa perkara yang perlu diketahui oleh individu sebelum mengira nombor chassis atau kod asas individu berdasarkan tarikh lahir mereka. Pertama AB mewakili dua digit hari lahir. Kedua DC mewakili dua bulan lahir. EF dan GH pula mewakili empat digit tarikh lahir. Pendek kata, tarikh lahir individu perlulah disusun mengikut format AB.CD.EFGH yang pada akhirnya akan bertumpu menjadi A+B+C+D+E+F+G+H untuk mengetahui nombor kod asas.


Sebelum itu, perlu diketahui di sini, bahawa sebarang nombor dua digit seperti 10, 11, 12 dan ke atas perlulah diubah menjadi nombor satu digit menerusi kaedah numerologi seperti berikut:


10 –> 1 + 0 = 1
11 –> 1 + 1 = 2
12 –> 1 + 2 = 3
19 –> 1 + 9 = 10 –> 1 + 0 = 1 maka untuk kes seperti ini, kita ambil 1
20 –> 2 + 0 = 2
94 –> 9 + 4 = 13 –> 1 + 3 = 4 maka untuk kes seperti ini, kita ambil 4


Sebagai contoh, kita ambil tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tokoh negara Malaysia ini dilahirkan pada 10 Julai 1925 dan merupakan seorang tokoh yang amat dikagumi di kebanyakan negara, termasuk di negara-negara maju.







Mari kita semak cara pengiraan tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas. Mula-mula kita susun tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada 10 Julai 1925 kepada 10:07:1925 mengikut format AB:CD:EFGH, dan kita akan dapat menjalankan pengiraan seperti di bawah:


AB:CD:EFGH –> 10:07:1925


A=1, B=0, oleh itu A+B= 10 –> I=1


C=0, D=7, oleh itu C+D= 7 –> J=7


E=1, F=9, oleh itu E+F=10 –> K=1


G=2, H=5, oleh itu G+H=7 –> L=7


dan seterusnya.


Berdasarkan kiraan rahsia tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas, maka kita dapati Tun Dr. Mahathir memiliki nombor-nombor berikut:


* Nombor kod asas diwakili oleh huruf O = 7
* Nombor-nombor cermin diwakili oleh huruf S dan T adalah sama iaitu masing-masing ialah 6.
* Nombor chassis atau nombor kod peribadi I.J.O Tun Dr. Mahathir ialah 1.7.7.
* Nombor-nombor circular yang terdiri daripada kesemua 16 nombor yang diwakili oleh huruf A, B, C, D, E, F, G ,H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S dan T bagi Tun Dr. Mahathir ialah 1,1,3,6,6,6,6,6,6,7,7,7,8,8,9 dan 9.


HURAIAN NOMBOR KOD ASAS:
Nombor kod asas ini diperolehi berdasarkan nombor chassis. Contohnya Tun Dr. Mahathir memiliki nombor-nombor kod asas 1, 7 dan 7 atau nombor chassis 1.7.7. Ini bermaksud Tun Dr. Mahathir memiliki nombor chassis berdasarkan 1 dan 7. Jika anda memiliki nombor chassis 1.2.3 maka sifat peribadi anda adalah berdasarkan nombor 1.2.3. Namun kod asas yang paling utama bagi anda adalah nombor yang mewakili huruf O. Dalam kes ini, nombor 7 mewakili ciri-ciri utama Tun Dr. Mahathir, manakala nombor 1 adalah rangkaiannya.


Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 1


Pro: Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang tinggi daripada jantina yang berlainan, mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, berupaya mengkaji dan menganalisis sesuatu perkara dengan mendalam dan spesifik, seorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, seorang yang sangat teliti dalam kebanyakan perkara, memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi dan kepekaan yang tinggi.


Cadangan: Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana individu yang memiliki nombor kod asas 1 berpeluang besar memperolehi keuntungan menerusi kreativiti dan kepekaan.


Kontra: Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah untuk menerima pandangan atau komen daripada orang lain.


Cadangan: Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai bekerja sendiri berbanding bekerja di bawah majikan.


Selebriti dan tokoh yang memiliki nombor kod asas 1 termasuklah Arsene Wenger, Tom Hanks dan Hulk Hogan.


Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 2


Pro: Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti yang menarik. Mudah kelihatan tenang dan selamba dalam kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat suka menjaga kebersihan. Rajin. Berfikiran Matang. Baik hati, lembut hati dan suka menjaga kebajikan dan keperluan orang lain. Mudah bergaul dengan golongan yang lebih tua daripadanya. Apabila diberi tugasan, individu dengan nombor kod asas 2 akan berusaha untuk menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin. Suka memberi sumbangan, berjasa dan berbakti kepada masyarakat. Boleh dianggap sebagai seorang sahabat atau saudara.


Kontra: Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu perkara (kurang yakin dengan kebolehan diri, sekiranya kurang maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilakukan) walaupun pada hakikatnya orang lain melihat dia sebagai seorang yang sememangnya mampu untuk melakukannya. Mendengar nasihat tetapi tidak semestinya mengikut nasihat tersebut (kelihatan seperti seorang yang lurus tetapi sebenarnya degil). Lebih mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri dalam kebanyakan situasi. Suka berkorban untuk orang lain sehingga boleh memudaratkan atau menyusahkan diri sendiri.



Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 2 ialah Adi Putra (kanak-kanak pintar Malaysia).


Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 3


Pro: Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang yang idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Tahu dan faham keperluan diri. Mampu membezakan antara perkara buruk dengan perkara baik. Berkebolehan dalam bidang yang diceburi. Berpotensi untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Mudah menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara (suka memberi komen).


Kontra: Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang penyabar dan boleh jadi seorang yang mudah melenting atau panas baran. Suka mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas. Boleh jadi seorang yang nakal dan bermulut laser. Perlu berhati-hati dengan perkataan yang digunakan semasa bercakap kerana individu dengan nombor kod asas 3 boleh menyakiti hati orang lain dan seterusnya merenggangkan perhubungan dengan orang lain.


Selebriti yang mempunyai nombor 3 termasuklah Wayne Rooney, Christiano Ronaldo dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Rahsia Peribadi Individu Nombor Kod Asas 4


Pro: Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki strategi dalam melakukan satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan memiliki karisma. Peramah. Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan mudah bangkit semula.


Kontra: Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran sempit, tidak berpandangan luas. Mudah mengalami masalah dalam perhubungan dan rumah tangga.


Selebriti yang memiliki nombor kod asas 4 termasuklah Bill Gates, Alex Ferguson dan Margaret Thatcher.


Individu Dengan Kod Asas 5


Pro: Memliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara baru. Boleh memimpin dan ada karisma. Selalunya akan memegang jawatan tinggi. Sangat rajin dan selalu fokus terhadap kejayaan masa depan jika beliau berkeinginan untuk mencapai kejayaan tersebut. Berfikiran realistik, tegas, berkesedaran tinggi dan tidak suka berangan-angan. Tidak mudah melakukan satu-satu perkara yang sama, perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan satu-satu perkara yang dilakukan.


Kontra: Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara. Mudah cerewet biarpun dengan hal-hal kecil. Tidak mudah bertenang dan sentiasa sibuk bekerja. Kurang teliti dalam menyempurnakan satu-satu kerja.


Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 5 termasuklah Britney Spears, Ronaldo, Abraham Lincoln dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Ciri-ciri Peribadi Individu Dengan Nombor Kod Asas 6


Pro: Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai perjuangan dalam kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi bahasa dan selalunya memiliki citarasa yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor kod asas 6 juga mudah hidup senang atau mewah dan pada masa yang sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan kekayaan.


Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang seni dan bidang keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu dengan nombor 6 juga sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya. Suka membantu orang lain. Selalu menjadi pendamai.


Kontra: Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Seorang yang perfectionist dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Patuh terhadap kata-kata orang atasan dan tidak mudah menerima cakap atau arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya. Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan ada kepentingan dalam hasil kerja tersebut yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.


Selebriti yang memiliki nombor kod asas 6 termasuklah Luis Felipe Scolari (pengurus pasukan bola sepak Chelsea), Rafa Benitez (pengurus pasukan bola sepak Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia) dan Albert Einstein (genius dalam bidang Matematik dan Fizik).


Keperibadian Individu dengan Nombor Kod Asas 7


Pro: Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan sesuatu perkara. Individu dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang yang pernah menolongnya. Seorang yang sangat-sangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.


Kontra: Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran atau pendirian. Mudah mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini selalunya menyebabkan dirinya dipandang negatif. Tidak menghargai erti persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar. Sering menganggap semua orang adalah sama. Mendekati orang-orang tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan. Suka menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada keperluan. Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.


Selebriti yang memiliki nombor kod asas 7 termasuklah Frank Lampard (pemain bola sepak Chelsea), Saddam Hussein, Mawi dan Michael Jackson.


Sikap Individu Dengan Nombor Kod Asas 8


Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.


Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa seperti hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.


Selebriti yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama Laden dan Steven Gerrad (pemain bola sepak Liverpool).


Individu dengan Kod Asas 9


Pro: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif. Berkebolehan untuk bersikap offensive dan defensive. Pandai dalam memenangi hati orang lain. Berkebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur. Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Melakukan kerja dengan cepat tetapi tidaklah secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap persekitaran.


Kontra: Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan. Bersikap emosional. Pada mulanya memiliki ramai kawan, dan kemudian berkemungkinan besar akan kehilangan kawan satu demi satu sehingga menjadi seorang yang kesunyian. Mudah berubah-ubah sikap dan sukar difahami. Mudah mengikut perasaan, kadangkala gembira, kadangkala tertekan dan sebagainya. Mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran yang sukar.


Selebriti yang memiliki nombor kod asas 9 termasuklah Harrison Ford, Elvis Presley, Suharto dan Megawati Sukarno.



NOMBOR-NOMBOR CIRCULAR :


The next section is hardcore! You have 16 circular box right? ALL 16 number inside the circular box can be used for combination of the number below. For example num Dr Mahathir td ialah 1,1,3,6,6,6,6,6,6,7,7,7,8,8,9 dan 9. So, jom kita tengok maksud dan ciri-ciri yang ada pada Pemimpin Terhebat kita ni. Check it out!


1 2 3 @ 1 2 bermaksud :

Ada kekuatan/bakat/anugerah suara
Boleh bercakap dengan lancar dan pantas
Kadangkala bercakap kosong
Kadangkala tidak boleh mengawal mulut atau terlepas cakap/kurang pandai bergurau
Boleh berhujah/berdebat
Boleh menjadi guru, pensyarah, ahli politik, sales person.
Bakat dalam menulis, melukis (untuk orang kurang upaya)


4 2 6 @ 2 4

Boleh jadi penceramah/pandai berceramah.
Boleh berkongsi ilmu dengan sesiapa saja.
Boleh menjadi seorang motivator/presenter.


2 7 9

Ada daya penarik semula jadi.
Mempunyai karekter pelaris. (macam susuk gitu)
Individu tersebut tidak semestinya kacak/cantik
Pandai memujuk orang
Mudah meyakinkan orang
Ayat power (bodek)
Mudah tarik ramai kawan yakni ramai org suka nak kawan dengan dia.
Ada kawan tapi tak ramai. (prob)
Ditakuti mempunyai hubungan sulit dengan orang lain. (prob)


8 4 3
Sentiasa ada idea baru
Selalu mencari kejayaan dan peluang.
Mempunyai bakat dalam penulisan/asyik bagi proposal.
Pandai membuat perancangan
Mudah berasa bosan dengan satu-satu perkara
Terlalu suka berangan-angan
Susah untuk berjaya jika tidak fokus dalam melakukan sesuatu perkara
Suka bertukar-tukar syarikat (bagi usahawan)


5 7 3
Mudah bergaul dengan orang atasan atau VIP.
Boleh jadi VIP/Saudara kepada VIP
Orang atasan mudah percaya percakapannya
Akan ada orang yang tak puas hati dengan anda
Senang disabotaj
Mudah difitnah
Duit selalu habis sebab selalu belanja orang atasan.
Mudah dihentam dan menghentam orang (kelantangan bercakap)


9 1 1
Lebih suka berdikari dalam melakukan sesuatu
Suka bekerja sendiri dan sukar bekerjasama dengan orang lain
Susah ada rakan kongsi kerana mudah bertentangan pendapat
Suka buat keputusan sendiri
Boleh menjadi orang tengah (consultant/negotiation)
Mudah berjaya atas usaha sendiri/Tak mudah give up.
Akan ada rasa tidak puas hati kepada anda dan akan dikhianati
Tidak boleh bersendirian (mudah kesunyian gitu)
Keras kepala
Senang dikhianati orang lain


1 1 1 1 @ 6 6 6 6 @ 1 6 1 6 @ 6161
Pandai simpan maklumat/pandai berahsia
Akan berfikir dulu sebelum bercakap
Tapi bila dah bercakap, tak berhenti-henti pulak bercakap.
Suka berfikir secara mendalam/Suka berfikiran jauh
Tidak suka berkongsi masalah
Mudah berasa kecewa
Mudah dilanda tekanan emosi
Mudah Risau
Mudah buruk sangka
Ditakuti terkena penyakit mental
Senang kena migrain


4 5 6
Anda boleh dilatih dan sesuai menjadi akauntan
Boleh menjadi business owner, usahawan, akauntan.
AWAS! Mudah terlibat dalam penyelewengan dan rasuah


9 9 9 @ 9 5 5 @ 9 5 9
Berpotensi berjaya dalam semua bidang
Banyak peluang dalam hidup
Boleh mengubah diri menjadi seorang yang tamak
Sunyi dan suka tinggal di kawasan yang banyak pokok/berhutan/tempat tinggal kawasan bukit.


855 @ 8 8 8
Seorang yang hyperaktif
Berpontensi untuk menjadi seseorang yang memiliki pengaruh dan kuasa
Panas Baran
Mudah berasa resah dan gelisah (perlu belajar bertenang)


333 @ 335

Seorang pendendam
Kurang sabar
sentiasa rasa resah gelisah
Keinginan sangat tinggi/nafsu kuat


4 5 9
Mempunyai deria ke 6 yang kuat
Mudah dapat ilham/firasat
Dapat mengetahui sesuatu lebih awal dari orang lain.
Pandai mendapatkan sesuatu
Pandai menipu/muslihat
Pandai merancang strategi


6 7
Senang kasihankan orang lain.
Mudah belanja untuk orang lain (sebab tu sengkek)


1 5 6

Lebih sesuai kerja di luar (outstation) / senang buat duit dengan mengembara.


1 8 9

Suka melancong dan juga suka melencong.
Kena elajar hadapi tekanan kerana mudah rasa tertekan
Suka bergerak yakni tak boleh duk diam kat sesuatu tempat.


8 3
Suka aktiviti luar rumah
Seorang yang aktif
Mudah bosan
Tidak suka duduk diam di dalam rumah tanpa kerja


3 3 6
Seorang yang luar biasa yakni :
Duit senang masuk, senang keluar
Anda aktif/senang untuk menarik duit. (money magnet)


9 6 6

Anda seorang yang boleh berniaga dan senang mendapat keuntungan.


7 1

Anda mudah ditipu oleh orang
Mudah percaya dekat orang.


9 3 3

Anda mempunyai bisnes tetapi prestasi tidak konsisten. Macam sekejap naik sekejap turun. Sekejap untung dan sekejap rugi.
Kejayaan tak kekal lama.
Untuk mengelakkan perkara ini terus menghantui, ada 1 cara iaitu
Tenaga anda sangat bagus, maksimum, tapi tak bertahan lama. so, setiap 3 bulan anda kena pergi bercuti untuk dapatkan balik keseimbangan anda. Environment spt Air Terjun, laut, hutan (berkelah di hutan. Paling kurang 3 hari anda kena cuti dan tak boleh bawak hp dan komputer. Wahh, macam bawak diri terus kan. hehehe.


9 4 4

Boleh duduk bahagian operation/management
Sangat bagus dalam bidang penyelidikan.
Orang yang mempunyai high taste.


5 5 5

Ada 2 kategori :

Senang menjadi orang yang berpengaruh dan berpangkat.
Tidak mempunyai pendidikan yang bagus :
Suka memberontak/agresif/tegas
Rasa rendah diri


7 8 6

Sangat bertanggungjawab
boleh menjadi ketua/pengurus/boleh menerima tekanan
orang yang motivated by material.
Seorang yang boleh membantu masalah orang lain.


SELAMAT MENCUBA ^_^