Tuesday, December 18, 2012

Bicara Hati


Kadang-kadang hati risau tak menentu memikirkan masa hadapan. Bukan kerana tidak yakin dengan janji Allah, bukan jua tidak percaya pada rezeki yang telah Allah titipkan buat hamba2Nya. Tapi sering saja hati ini gusar. Berapa lama lagi keadaanku harus begini? Manakah jalan yang masih tidak dapat ku lihat untuk menemukan pintu yang kucari? 

Seringkali ku peringatkan buat teman2 yang meminta pendapat dan nasihat; 'Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku itu pasti terselit sebuah hikmah yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar'. Tika ini, nasihat ini harus ku berikan buat hati dan jiwa ini yang gelisah. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik yang telah Allah rencanakan buatku. Wahai diri, bertenang dan bersabarlah. 


Ingatlah kata2 Hasan al-Basri ini wahai hati:

"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah kalbuku
selalu tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan
orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah
mengawasiku, kerana itulah aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam
keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah
aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah."






muhasabah diri


Friday, December 7, 2012

Mati hidup kembali ~ Zombie??

Assalamualaikum buat semua..

Hari ni terbaca satu kisah yang memang sangat2 menggelikan hati.. Terasa nak gelak guling2 pun ada (tapi xbuat pun). :D. Allahuakbar.. Tidak pernah terfikir untuk jadi popular di laman sosial dengan cara mengupdate kematian sendiri. Kan tak elok tu.. :)
Allah dah bagi kesihatan yang baik, umur yang panjang, mengapa berani sungguh bermain2 dengan ajal?
Gara2 status pasal kematian palsu tu, ramai yang tak semena mena telah membazirkan air mata.. Sampai yang bengkak2 mata pun ada.. Kesian pada kawan2 dia yang bersungguh2 sedih tu.. 
Cuma satu hal yang tidak pasti, 
sama ada empunya diri sengaja mereka-reka cerita atau telah dihacked oleh orang lain, itu wallahu a'lam.. Allah sahaja yang maha mengetahui segalanya..

Sekadar Gambar Hiasan




Thursday, December 6, 2012

Detik Terindah Buat Seorang Pelajar

Bismillahirrahmanirrahim..
Kalam indah yang sering dilafaz untuk memulakan sesuatu. Insya Allah ada barakahnya..

Alhamdulillah.. tanggal 4 disember 2012, perasaan gembira, bahagia, terharu bercampur baur hingga tidak terasa penat lelah sepanjang istiadat konvokesyen berlangsung. Walau ada sedikit kekurangan, tetapi terubat dengan kehadiran insan yang sentiasa bertakhta dihati.. Alhamdulillah.. :)


Insya Allah, perjuanganku tidak akan berhenti sampai disini. Masih terlalu banyak ilmu yang wajib dipelajari. Ilmuku masih kurang, Akalku masih dangkal. Bukan ilmu duniawi semata yang kucari, insya Allah juga ilmu akhirat yang akan sentiasa ku gali hingga ke akhir hayat.

Tahniah buat semua teman dan sahabat! Tidak akan luput nama kalian dalam setiap helaan doa.. Semoga semuanya sentiasa dilimpahi rahmat Allah.. Terima kasih juga buat teman yang sanggup berkorban masa dan waktu dan sudi menjadi peneman setia hingga ke akhirnya.. Alhamdulillah, hanya Allah yang dapat membalas jasa baikmu.



'Tuntutlah ilmu hingga keliang lahad' insya Allah.. ^_^

Sunday, November 25, 2012

Smart Ibadah Camp


Bismillahirrahmanirrahim.. 
Alhamdulillahirabbil 'alamin, segala puji bagi Allah tuhan pencipta alam.. Allah tidak memberi apa yang kita inginkan, tetapi Allah memberi apa yang kita perlukan.. Subhanallah.. :)

Jiwa ini amat memerlukan pengisian rohani, setiap hari yang berlalu terasa tiada serinya. Jiwa yang semakin terganggu, emosi yang sudah terasa tidak seimbang., Allahurabbi.. hanya padaMu tempat kembali segala masalah..

Alhamdulillah.. syukur yang tidak terkata., Tuhanku beri pertolongan melalui Program Smart Ibadah ini.. Niat yang ku ikhlaskan untuk membantu menjayakan camp ini, telah Allah balas dengan menyalurkan ketenangan dihati.. Subhanallah.. :)


 Smart Ibadah Camp BEST!!!

Terbang segala penat dan lelah dengan melayan telatah dan kerenah adik2 kecil.. Banyak pengisian yang dapat diperoleh sepanjang 19 -23 Nov 2012 ini.. antaranya 1) Cara berwuduk dan bertayammum dengan sempurna, 2) Pelaksanaan solat fardhu, solat berjemaah, solat jama' dan qasar, 3) Penjelasan batasan aurat yang betul antara lelaki dan perempuan, 4) Pengurusan jenazah (mandi, solat dan kafan) 5) Aktiviti berkumpulan, 6) Riadah (Explorace) 7) Talaqqi dan hafazan surah2 pilihan 8) Ceramah motivasi..


Smart Ibadah Camp
Sesi pendaftaran
Taklimat sebelum program bermula
Para peserta
Sebelum solat sunat dhuha
Para peserta khusyuk mendengar tantang teori cara2 berwuduk dan bertayammum
Amali bertayammum
Kumpulan terbaik! Amir Hamzah
Antara urusetia

Amali kafankan jenazah

Amali kafankan jenazah


Barisan para fasilitator ^_^


Semoga Bermanfaat. :D :D



Wednesday, November 14, 2012

Debaran kali kedua

Bismillahirrahmanirrahim.. 
Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah S.A.W. Semoga mendapat syafaat diakhirat kelak. Aaminn..

Berdebar-debar. Itulah apa yang aku rasakan untuk dua malam berturut-turut. Satu perasaan yang tidak boleh dielak apabila ada cubaan orang luar untuk masuk ke rumah. Sudah menjadi kebiasaan bagi aku dan adikku bersantai-santai diruang tamu sebelum masuk tidur (kadang2 sampai tertidur pun ada).

Malam semalam dalam lingkungan jam 1.45 pagi kedengaran angin kuat diluar menandakan hujan lebat bakal turun. Tiba-tiba terdengar bunyi seretan tapak kaki orang berjalan diluar. Kami saling berpandangan. Terdiam seketika. 2 minit kemudian terdengar lagi bunyi yang sama. Aku terus pasang telinga, dalam waktu yang sama abah bangun dari tidur setelah dikejut oleh adik. Perlahan2 kami mengintai ke luar dari tingkap dapur. Terlihat tangan orang sedang bergerak2 dimeja luar (seperti sedang berbincang sesuatu). Tingkap ditutup dan kami kembali ke ruang tamu depan. Bersiap sedia dengan segala kemungkinan. Malangnya kaki abah tersadung kerusi. Seperti tersedar orang dalam rumah sudah terjaga, mereka berdiam diri untuk seketika. Aku cuba intai dari tingkap depan (kebetulan pecah). Meja luar kosong!
Lega seketika. Mungkin mereka sudah pergi. 

Malam itu, kami tidur di ruang tamu untuk berjaga2. Hampir pukul 3 tiba2 alarm berbunyi. Aku terkejut, tersentak, semua perasaan bercampur baur. Ada orang cuba umpil pintu dapur. Terus abah matikan alarm. Tidak sampai seminit alarm berbunyi lagi. Abah matikan alarm dan terus kedapur. Mungkin kerana terkejut dengan bunyi alarm, mereka lari. Alhamdulillah..  

14 Nov 2012.Malam tadi hampir pukul 1 pagi aku terjaga. Terasa panas tiada angin lalu. Oh, blackout rupanya. Patut gelap gulita. Aku lihat jam di henset sudah pukul 12.49. Allah.. lama lagi nak tunggu pagi. Baru nak terlelap tiba-tiba terdengar bunyi orang terlanggar sesuatu dan kaca pecah. Segar mata aku terus. Hilang segala perasaan mengantuk. Nak bergerak sorang2 aku takut. Nak buat tak tahu je pun lagi aku takut. Kesudahannya aku bergerak ditemani adikku. Kami kejut abah. Sambil bawak parang, kami kedapur untuk mengintai. Malangnya, dalam keadaan gelap gelita, penglihatan mata kami terhad. Ibarat orang buta masuk ke dalam gua. Kotak alarm diruang tamu berbunyi2 tanda hampir kehabisan bateri. Baru hendak melangkah ke ruang tamu, terdengar bunyi suara orang bercakap diluar. Debar semalam tak hilang lagi, dah berdebar balik jantung aku. Abah langgar kerusi tanda orang dalam rumah sudah terjaga. Bunyi di luar tiada lagi. Hampir jam 4 pagi mata aku masih terkebil2. Tak boleh nak lelap. Risau, takut  bercampur dengan panas. Entah bila aku terlelap. Jaga2 sudah pukul 6 pagi. Sejuk je rasa. Alhamdulillah dah pagi.. elektrik pun dah ada balik.

Janganlah malam ni aku akan lalui benda yang sama. (-_-)'


"Ya Allah peliharalah aku dan seluruh ahli keluargaku dari kejahatan makhlukMu" Aaminn..

Wednesday, October 31, 2012

Istikharah Cinta

Dengan lafaz Bismillah aku mulakan. 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat dan pembaca yang dikasihi. 
Alhamdulillah aku masih lagi berkesempatan untuk terus membuat coretan. Semoga ada manfaatnya.

Sudah menjadi adat, REMAJA hari ini sangat suka post2 berkaitan dengan cinta. Lagi2 yang agak Islamik. Termasuk juga aku. hehe.. Sebenarnya nak dikata diri jiwang tak ada lah pulak, tetapi naluri manusia itu sendiri yang suka mencintai dan dicintai. Betul tak?
Mencintai sesuatu itu tidak salah kerana ia sendiri merupakan fitrah manusia. 

"Kalau mencintai dan dicintai itu tidak salah, mengapa couple itu diharamkan?  Mengapa lelaki dan perempuan dilarang keluar berdua2an hatta untuk mengulangkaji sekalipun? Mengapa ketat sangat peraturan dalam Islam ini? Mengapa bla bla bla?? Mangapa mengapa mengapa? Macam2 lagi persoalan dan pertanyaan yang sering bermain diminda. 

Ketahuilah sahabatku, couple itu tidak haram selagi hubungan itu halal disisi Islam. Pasangan couple antara suami isteri itu tidak haram. Malah lagi mendapat pahala jika perbuatan mereka saling menggembirakan hati pasangan masing2. Yang HARAM itu adalah couple antara dua insan yang bukan muhrim. 
Kan Allah telah berfirman:

" Janganlah kamu menghampiri zina . 
Sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(surah al - Isra' 17 : 32)

Ini bermaksud, Allah sangat melarang kita bukan sahaja berzina, malah menghampiri zina pun Allah tegah.
Mengapa Allah melarang kita menghampiri zina? Ini kerana, kita sudah maklum, nafsu itu sangat besar tuntutannya. Sehinggakan ahli ibadah juga ada yang tersungkur dek kerana nafsu. Daripada kita terjerumus ke lembah maksiat, lebih baik kita menjauhi perkara2 yang boleh membawa kita kelembah kehinaan.
Lagi2 kita yang memang sangat tipis imannya. Takut2 perasaan cinta yang FITRAH itu bakal bertukar menjadi FITNAH. Astaghfirullah, Nauzubillahi min zalik..

 

"Wahai sahabat yang sangat ku kasihi, sentiasalah berpada dalam bersahabat. Walau sekepala mana pun antara kita dan sahabat kita, batas2 dalam bersahabat itu tetap ada. Islam itu sangat indah. Ingatlah sahabatku, segala larangan Allah itu ada hikmahnya. Segala perintah Allah itu ada hikmahnya. Semoga kita menjadi insan dan hamba Allah yang bertaqwa."

Andai engkau telah punyai pilihan hati, beristikharahlah meminta petunjuk daripada Allah. Jika engkau lelaki, pinanglah wanita yang ingin kau jadikannya sebagai suri hatimu. Andai engkau perempuan, pintalah orang yang ingin kau jadikannya sebagai imammu untuk meminangmu. Andai dihalang oleh orang tuamu, mintalah petunjuk daripada Allah. Sesungguhnya setiap sesuatu yang berlaku itu terselit sebuah hikmah yang kita tidak nampak. Berdoa dan bersabar itu lebih baik walau hakikatnya ia sangat menyakitkan hatimu.

Istikharah Cinta- Sigma

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

'Akhlak dijaga Maruah terpelihara, Cinta sejati hanya untuk Ilahi, Cinta manusia tidak kekal selamanya'

Tuesday, October 30, 2012

Siri III : Nombor Jumal bagi ASMAUL HUSNA



NO JUMAL
TURUTAN
ASMAUL HUSNA
MAKSUD
14
16
AL-WAHHAAB (الوَهَّابُ)
Maha Pemberi/Menganugerah; Memberi Banyak Kenikmatan & Selalu Memberi Kurnia
14
64
AL-WAAJID (الوَاجِدُ)
Maha Menemukan; Dapat Menemukan Apa Sahaja Yang Diinginkan Oleh-Nya
18
62
AL-HAYYU (الحَيُّ)
Maha Hidup; Sentiasa Kekal Hidup-Nya
19
66
AL-WAAHID (الوَاحِدُ)
Maha Esa
20
47
AL-WADUD (الوَدُودُ)
Maha Pencinta/Menyayangi; Yang Menginginkan Segala Kebaikan Untuk Seluruh Hamba-Nya & Berbuat Baik Pada Mereka Dalam Segala Keadaan
20
94
AL-HAADI (الهَادِى)
Maha Pemberi Petunjuk/Memimpin; Memberi Jalan Yg Benar Kpd Segala Sesuatu Agar Berterusan Adanya & Terjaga Kehidupannya
37
73
AL-AWWAL (الأَوَّلُ)
Maha Pemulaan/Pertama; Terdahulu Sekali Dari Semua Yang Maujud
46
55
AL-WALIYY (الوَلِيُّ)
Maha Melindungi; Melindungi &Mengatur Semua Kepentingan Makhluk Kerana Kecintaan-Nya Yang Tinggi & Pemberian Pertolongan-Nya Tidak Terbatas Pada Keperluan Mereka
47
77
AL-WAALI (الوَالِيُّ)
Maha Menguasai/Menguasai Urusan/Memerintah; Menggenggam Segala Sesuatu Dalam Kekuasaan-Nya & Menjadi Milik-Nya
48
65
AL-MAAJID (المَاجِدُ)
Maha Mulia
54
67
AL-AHAD (الأَحَدُ)
Maha Tunggal
55
44
AL-MUJIIB (المُجِيبُ)
Maha Mengabulkan; Memenuhi Permohonan Sesiapa Sahaja Yang Berdoa Kepada-Nya
56
58
AL-MUBDI’ (المُبْدِئُ)
Maha Memulai/Pencipta Dari Asal; Melahirkan Sesuatu Yang Asalnya Tidak Ada Dan Belum Maujud (Kreatif)
57
48
AL-MAJIID (المَجِيدُ)
Maha Mulia; Mencapai Tingkat Teratas Dalam Hal Kemuliaan Dan Keutamaan
62
56
AL-HAMIID (الحَمِيدُ)
Maha Terpuji; Yang Memang Sudah Selayaknya Untuk Memperoleh Pujian Dan Sanjungan
62
76
AL-BATHIN (البَاطِنُ)
Maha Tersembunyi; Tidak Dapat Dimaklumi Zat-Nya, Sehingga Tidak Seorang Pun Dapat Mengenal Zatnya Itu
66
00
ALLAH (الله)

66
52
AL-WAKIIL (الوَكِيلُ)
Maha Pentadbir/Berserah/Memelihara Penyerahan; Memelihara Semua Urusan Hamba-Nya Dan Apa2 Yang Menjadi Keperluan Mereka
68
28
AL-HAKAM (الحَكَمُ)
Maha Menghukum/Mengadili; Sebagai Hakim Yang Menetapkan/Memutuskan Yang Tidak Seorang Pun Dapat Menolak Keputusan-Nya
68
60
AL-MUHYII (المُحْيِ)
Maha Menghidupkan; Memberi Daya Kehidupan Pada Setiap Sesuatu Yang Berhak Hidup
72
21
AL-BAASITH (البَاسِطُ)
Maha Meluaskan/Pelapang Hidup/Melimpah Nikmat; Memudahkan Terkumpulnya Rezeki Bagi Sesiapa Yang Diinginkan Oleh-Nya
73
41
AL-JALIIL (الجَلِيلُ)
Maha Luhur; Memiliki Sifat2 Keluhuran Kerana Kesempurnaan Sifat2-Nya
78
46
AL-HAKIIM (الحَكِيمُ)
Maha Bijaksana; Memiliki Kebijaksanaan Yang Tertinggi Kesempurnaan Ilmu-Nya Serta Kerapian-Nya Dalam Membuat Segala Sesuatu
80
40
AL-HASIIB (الحَسِييبُ)
Maha Penjamin/Mencukupi/Penghitung; Memberi Jaminan Kecukupan Kepada Seluruh Hamba2-Nya Pada Hari Qiamat
86
95
AL-BADII’ (البَدِيعُ)
Maha Indah/Tiada Bandingan/Pencipta Yang Baru; Tidak Ada Contoh Yang Menyamai Sebelum Keluarnya Ciptaan-Nya Itu



NO JUMAL
TURUTAN
ASMAUL HUSNA
MAKSUD
88
32
AL-HALIIM الحَليمُ))
Maha Penyabar/Penyantun/Penghamba; Tidak Tergesa-Gesa Melakukan Kemarahan & Tidak Gelojoh Dlm Memberi Siksaan
90
03
AL-MALIK (المَلِكُ)
Maha Merajai/Menguasai/Pemerintah; Mengatur Kerajaan-Nya Sesuai Dengan Kehendak-Nya Sendiri
94
08
AL-AZIZ (العَزِيزُ)
Maha Mulia/Berkuasa; Kuasa-Nya Mampu Untuk Berbuat Sekehendak-Nya
104
29
AL-ADL (العَدْلُ)
Maha Adil; Sangat Sempurna Dalam Keadilan-Nya Itu
108
51
AL-HAQ (الحَقُّ)
Maha Haq/Benar; Yang Kekal & Tidak Akan Berubah Sedikit Pun
110
36
AL-‘ALIYYU (العَلِيُّ)
Maha Tinggi Martabat-Nya; Mencapai Tingkat Yg Setinggi2nya Yg Tidak Mungkin Digambarkan Oleh Akal Fikiran Sesiapa Pun & Tidak Dpt Difahami Oleh Otak
113
96
AL-BAAQI (البَاقِعُ)
Maha Kekal; Kekal Hidup-Nya Untuk Selama2nya
114
87
AL-JAAMI’ (الجَامِعُ)
Maha Mengumpulkan; Mengumpulkan Berbagai Hakikat Yg Telah Bercerai Berai Dan Mengumpulkan Seluruh Umat Manusia Pada Hari Pembalasan
116
53
AL-QAWIY (القَوِىُ)
Maha Kuat/Memiliki Kekuatan; Memiliki Kekuasaan Yg Sempurna
117
24
AL-MUIZ (المُعِزُ)
Maha Menghormati/Memuliakan/Pemberi Kemuliaan Dan Kemenangan; Beri Pertolongan Dan Kemenangan Kepada Org Yg Berpegang Teguh Pada Agama-Nya
124
59
AL-MU’ID (المُعِيدُ)
Maha Mengulangi/Mengembalikan & Memulihkan; Menumbuhkan Kembali Setelah Lenyap Atau Rosak
129
30
AL-LATIF (اللَطِيفُ)
Maha Teliti/Lemah Lembut Dan Halus; Mengetahui Segala Sesuatu Yang Samar2, Pelik2 Dan Kecil2
131
05
AS-SALAM (السَّلَامُ)
Maha Penyelamat; Pemberi Keselamatan Dan Kesejahteraan Kepada Seluruh Makhluk-Nya
134
68
AS-SHOMAD (الصَّمَدُ)
Maha Diperlukan/Diminta/Menjadi Tumpuan; Selalu Menjadi Tujuan & Harapan Org Diwaktu Ada Hajat Keperluan
136
06
AL-MU’MIN (المُؤْمِنُ)
Maha Pengaman/Pemelihara Keamanan; Makhluk Yang Bersalah Akan Benar2 Diseksa Sedangkan Yang Taat Akan Benar2 Dipenuhi Janji-Nya Dgn Pahala Yg Baik
137
45
AL-WAASI’ (الوَاسِعُ)
Maha Luas Pemberian-Nya; Kerahmatan-Nya Merata Kepada Segala Yg Maujud & Luas Pula Ilmu-Nya Terhadap Segala Sesuatu
145
07
AL-MUHAIMIN (المُهَيْمِنُ)
Maha Pelindung/Penjaga/Pengawal/Pengawas; Memerintah Dan Melindungi Segala Sesuatu
148
57
AL-MUHSHI (المُحْصِى)
Maha Menghitung; Tiada Satu Pun Yg Tertutup Dari Pandangan-Nya & Semua Amalan Diperhitungkan Dgn Sewajarnya
150
19
AL-ALIIM (العَلِيمُ)
Maha Mengetahui; Mengetahui Segala Yg Maujud Dan Tidak Ada Satu Benda Pun Yg Tertutup Dari Penglihatan-Nya
156
63
AL-QAYYUM (القَيُّومُ)
Maha Berdikari
156
82
AL-AFUWWU (العَفُو)
Maha Pemaaf/Pengampun; Menghapuskan Kesalahan Org Yg Suka Kembali Utk Meminta Maaf Kepada-Nya
161
90
AL-MAANI’ (المَانِعُ)
Maha Membela/Menolak/Mencegah; Membela Hamba2-Nya Yang Soleh Dan Menolak Sebab2 Yg Menyebabkan Kerosakan
170
04
AL-QUDDUS (القُدُّوسُ)
Maha Suci; Tersuci Dan Bersih Dari Segala Cela Dan Kekurangan
180
26
AS-SAMII’ (السَّمِيعُ)
Maha Mendengar
184
71
AL-MUQADDIM (المُقَدِّمُ)
Maha Mendahulukan/Menyegera; Mendahulukan Sebahagian Benda Dari Yang Lainnya Dlm Mewujudnya, Selisih Waktu Atau Tempatnya



NO JUMAL
TURUTAN
ASMAUL HUSNA
MAKSUD
201
92
AN-NAAFI’ (النَّافِعُ)
Maha Pemberi Manfaat; Meratalah Kebaikan Yang Dikurniakan-Nya Kpd Semua Hamba Dan Negeri
202
79
AL-BARRU (البَرُّ)
Maha Dermawan/Banyak Membuat Kebajikan; Banyak Kebaikan-Nya Dan Besar Kenikmatan Yang Dilimpahkan-Nya
206
09
AL-JABBAR (الجَبَّارُ)
Maha Perkasa/Kuat/Menundukkan Segalanya; Mencukupi Segala Keperluan, Melangsungkan Segala Perintah-Nya & Memperbaiki Keadaan Seluruh Hamba-Nya
209
86
AL-MUQSITH (المُقْسطُ)
Maha Mengadili/Saksama; Memberi Kemenangan Pada Org2 Teraniaya Dari Tindakan Orang Yg Menganiaya Dgn Keadilan-Nya
212
84
MAALIKUL MULKI
(مالِكُ المُلكِ)
Maha Pemilik Kekuasaan/Menguasai Kerajaan
213
12
AL-BARI’ (البَارئ)
Maha Pembuat/Perancang/Menjadikan; Mengadakan Sesuatu Yang Berrnyawa Yang Ada Asal Mulanya
232
37
AL-KABIR (الكَبيرُ)
Maha Besar; Kebesaran-Nya Tidak Dapat Dicapai Oleh Pancaindera Atau Akal Manusia
256
93
AN-NUR (النُّور)
Maha Pemberi Cahaya/Bercahaya; Menampakkan Zat-Nya Sendiri Dgn Menunjukkan Tanda2 Kekuasaan-Nya
258
02
AR-RAHIM (الرَّحيمُ)
Maha Penyayang; Pemberi Kenikmatan Yang Diluar Jangkaan Dan Penyayang Di Akhirat
270
42
AL-KARIM (الكَريمُ)
Maha Pemurah; Mulia Tanpa Had & Memberi Sesiapa Pun Tanpa Diminta Atau Sebagai Penggantian Dan Sesuatu Pemberian
286
83
AR-RAUF (الرَّءُوفُ)
Maha Pengasih/Mengasihi; Banyak Kerahmatan Dan Kasih Sayang-Nya
298
01
AR-RAHMAN (الرَّحْمَنُ)
Maha Pengasih; Pemberi Kenikmatan Yang Agung2 Dan Pengasih Di Dunia
298
99
ASH-SHOBUR (الصَّبُورُ)
Maha Penyabar; Tidak Tergesa2 Memberikan Siksaan Dan Tidak Juga Cepat Melaksanakna Sesuatu Sebelum Masanya
302
27
AL-BASHIR (البَصيرُ)
Maha Melihat
305
69
AL-QAADIR (القَادِرُ)
Maha Berkuasa/Kuasa/Upaya
306
15
AL-QAHHAR (القَهَّارُ)
Maha Pemaksa; Menggenggam Segala Sesuatu Dalam Kekuasaan-Nya & Memaksa Segala Makhluk Menurut Kehendak-Nya
308
17
AR-RAZZAQ (الرَّزَاقُ)
Maha Pemberi Rezeki
312
43
AR-RAQIIB (الرَّقيبُ)
Maha Peneliti/Waspada; Mengamat Amati Gerak Geri Segala Sesuatu Dan Mengawasinya
319
50
ASY-SYAHID (الشَّهيدُ)
Maha Menyaksikan/Mengetahui Keadaan Semua Makhluk
336
13
AL-MUSHAWWIR (المُصَوِّرُ)
Maha Pembentuk/Menjadikan Rupa Bentuk; Memberi Bentuk Sesuai Dengan Keadaan Dan Keperluannya
351
23
AR-RAFII’ (الرَّافِعُ)
Maha Mengangkat/Peninggi; Terhadap Org Yg Selayaknya Diangkat Kedudukannya Kerana Usah Yg Giat,  Termasuk Golongan Yg Bertaqwa
409
80
AT-TAWWAB (التَوَّابُ)
Maha Penerima Taubat; Memberikan Pertolongan Kpd Orang2 Yang Melakukan Maksiat Utk Bertaubat Lalu Allah Menerimanya
489
18
AL-FATTAH (الفَتَّاحُ)
Maha Pembuka; Membuka Gedung Penyimpanan Rahmat-Nya Untuk Seluruh Hamba-Nya
490
61
AL-MUMIT (المُميتُ)
Maha Mematikan; Mengambil Kehidupan (Roh) Dari Apa2 Yang Hidup
500
54
AL-MATIIN (المَتينُ)
Maha Teguh/Kukuh/Perkasa/Sempurna Kekuatan-Nya; Memiliki Keperkasaan Yang Sudah Sampai Di Puncaknya



NO JUMAL
TURUTAN
ASMAUL HUSNA
MAKSUD
514
98
AR-RASHYID (الرَشيدُ)
Maha Pandai/Bijaksana/Memimpin; Memimpin Kpd Kebenaran, Memberi Penerangan Dan Panduan Pd Seluruh Hamba-Nya
526
35
ASY-SYAKUR (الشكور)
Maha Pembalas/Bersyukur; Memberi Balasan Yg Banyak Sekali Atas Amalan Yg Kecil
550
39
AL-MUQIIT (المُقيت)
Maha Pemberi Kecukupan/Keperluan; Baik Yg Berupa Makanan Tubuh Atau Rohani
551
78
AL-MUTA’ALLI (المُتعالى)
Maha Suci/Tinggi; Terpelihara Dari Segala Kekurangan Dan Kerendahan
573
49
AL-BAA’ITS (الباعث)
Maha Membangkitkan; Membangkitkan Semangat & Kemahuan Juga Membangkitkan Para Rasul Dan Org2 Yg Tlh Mati Dari Kubur Setelah Tibanya Hari Qiamat
630
81
AL-MUNTAQIM (المنتَقِم)
Maha Penyiksa/Maha Menghukum; Kpd Mereka Yg Bersalah Dan Org Yg Berhak Utk Mendapat Siksa-Nya
662
10
AL-MUTAKABBIR (المتكبر)
Maha Megah/ Pelengkap Kebesaran
707
97
AL-WAARITH (الوارِثُ)
Maha Membahagi/Mewarisi; Kekal Setelah Musnahnya Semua Makhluk
731
11
AL-KHOLIQ (الخالق)
Maha Pencipta; Mengadakan Seluruh Makhluk Tanpa Asal Dan Menakdirkan Adanya Semua Itu
744
70
AL-MUQTADIR (المقْتَدِر)
Maha Menentukan
770
25
AL-MUDZIL (المذل)
Maha Menghina/Pemberi Kehinaan; Kpd Musuh2-Nya & Musuh Ummat Islam Seluruhnya
801
74
AL-AKHIR (الأخر)
Maha Penghabisan/Yang Akhir; Kekal Terus Setelah Habisnya Segala Sesuatu Yang Maujud
812
31
AL-KHOBIR (الخبير)
Maha Waspada/ Mengetahui
846
72
AL-MUAKHIR (المؤَخِر)
Maha Menangguhkan/Mengakhirkan; Melewatkan Sebahagian Sesuatu Dari Yang Lainnya
903
20
AL-QOBIDH (القابض)
Maha Pencabut/Penyempit Hidup; Mengambil Nyawa Atau Menyempitkan Rezeki Bg Sesiapa Yang Dikehendaki-Nya
998
38
AL-HAFIIDH (الحفيظ)
Maha Pemelihara/Pelindung; Menjaga Segala Sesuatu Jgn Sampai Rosak Dan Goyah
1001
91
ADH-DHARRU (الضَّار)
Maha Mendatangkan Mudharat; Menurunkan Siksa2-Nya Kepada Musuh2-Nya
1020
33
AL-ADZIIM (العظيم)
Maha Agung; Mencapai Puncak Tertinggi Kerana Bersifat Dgn Segala Sifat Kebesaran & Kesempurnaan
1060
88
AL-GHANI (الغَني)
Maha Kaya Raya Serta Serba Lengkap
1100
85
DZULJALALI WAL IKRAM (ذوالجَلال والإكرام)
Maha Pemilik Keagungan Dan Kemuliaan
1100
89
AL-MUGHNI (المُغْني)
Maha Pemberi Kekayaan; Memberi Kelebihan Yg Berupa Kekayaan Yg Berlimpah Ruah Kpd Sesiapa Sahaja Yg Dikehendaki-Nya
1106
75
AZH-ZHAAHIR (الظاهِر)
Maha Zahir/Nyata; Menyatakan Dan Menampakkan Kewujudan-Nya Dgn Bukti2 Dan Tanda2 Ciptaan-Nya
1281
14
AL-GHAFFAR (الغفار)
Maha Pengampun; Banyak Pemberian Maaf-Nya Dan Menutupi Dosa2 Dan Kesalahan
1286
34
AL-GHAFUR (الغفور)
Maha Pengampun; Banyak Pengampunan-Nya Kpd Hamba2-Nya
1481
22
AL-KHOFIDH (الخافض)
Maha Menjatuhkan/Menghinakan; Terhadap Org Yg Selayaknya Dihina Akibat Kelakuannya Sendiri