Thursday, October 25, 2012

Bagaimana dunia Islam hari ini?

Bismillah.. Dengan nama Allah ku mulakan penulisan ini. 

Cepat sahaja masa berlalu sehingga tidak terasa semakin banyak umur yang telah kita tinggalkan dan semakin singkat pula ajal mendekat. Alangkah bahagianya orang2 yang sentiasa beramal dengan Amar ma'ruf dan nahi mungkar. Iman insyaAllah sentiasa ditingkat, maksiat selalu dihindar. Moga kita tergolong dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh.. Aminn.

Kata orang, hidup ini perlukan pengorbanan. InsyaAllah akan dipermudahkan jalan. Pengorbanan yang paling mulia ialah pengorbanan seseorang itu demi MENEGAKKAN dan MEMPERTAHANKAN ISLAM tercinta. Tetapi apakah realitinya hari ini?
Sangat sedikit bilangan mereka yang teguh keimanannya. 
Teringat satu lagu nasyid dizaman persekolahan dulu..

"Dunia Islam hari ini
Bagaikan bahtera yang telah usang
Terumbang-ambing di lautan ganas
Dan hanyut tanpa arah tujuan

Ummatnya bagaikan buih dilaut
Mereka banyak tapi pengecut
 Mengikut arus ombak ganas
Dan hilang bila terhempas batu

Ulama' nya membela agama
Diatas nama agama
Diam membisu melihat kemungkaran
Lahirlah kezaliman"


Allahurabbi,, Jadikan kami hamba yang beriman yang sentiasa berani dalam membela agamaMu.
Selamatkan kami dari tipudaya dan fitnah dunia. Matikanlah kami dalam keadaan beriman kepadaMu.. Aminn..

No comments: