Tuesday, October 30, 2012

Siri I : Jangan susah hati kalau sakit hati



" Allah,, malasnya la nak pergi kursus2 jati diri ni". Sesekali hati merungut biarpun mulut telah menyatakan persetujuan untuk menghadirkan diri ke program ' Mencorak Kepimpinan Wanita Berdaya'. "Tapi apa salahnya kalau pergi pun, tidak ada ruginya". Akal masih mampu berfikir, mudah2an ada manfaatnya.


Alhamdulillah, selesai kursus motivasi yang disampaikan oleh motivator Sofiyah Rasin, terasa diri lebih bersemangat untuk menghadapi hari2 mendatang. Emosi yang sebelum ini kurang stabil berubah 99% positive. Tekanan2 yang dialami semakin terasa berkurangan.


" Ohh,, rupanya kita boleh pindahkan emosi kepada spiritual". Satu ilmu baru mulai meresap kedalam jiwa. Kalaulah semua orang tahu dan amalkan, pasti tidak terjadi lagi 'perlanggaran emosi'. Apakah itu 'perlanggaran emosi'?. Pertama kali mendengar terasa kelakar pun ada. Tapi ketahuilah, bukan secara fizikal sahaja boleh terjadi 'excident', malah ia boleh juga berlaku melalui emosi. Oleh kerana emosi yang tidak terkawal, begitu banyak berlaku permusuhan, saling benci membenci, berdendam yang akhirnya membawa keburukan kepada diri sendiri.


" Adakah kamu semua tahu, dalam diri manusia itu terdiri daripada 4 kekuatan?" motivator bertanya dengan ramah dan mesranya kepada setiap peserta. Masing2 hanya mendiamkan diri. Ada juga yang menggeleng2kan kepala. Namun ada juga segelintir peserta yang kelihatan aktif menganggukkan kepala tanda empunya diri mengetahui bahawa dalam setiap diri manusia itu terdapat 4 kekuatan yang terdiri daripada potensi fizikal, potensi intelektual, potensi emosi, dan potensi spiritual.


" Haah la, macam pernah dengar sebelum ni". Tapi, apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh penceramah ini ya?. Semakin lama makin banyak perkara yang dijelaskan sehingga tidak ada lagi persoalan yang timbul di benak fikiran.




Potensi emosi mampu mengalahkan potensi fizikal dan potensi intelektual. Jadi tidak hairanlah orang yang dirasuk amarah mampu membunuh hatta orang yang dibunuh itu kelihatan lebih kuat dari segi fizikalnya. Ada juga orang yang sakit kelihatan lebih bersemangat daripada orang yang sihat kerana gara2 perasaan cinta atau sayang kepada seseorang yang terlalu kuat. " Uishh, bahaya juga ya kalau tidak pandai mengawal emosi".


" Tapi jangan bimbang, tenaga yang terlahir daripada emosi itu kita boleh tukarkan ia menjadi spiritual, iaitu kekuatan dalaman secara positive. Jadi, jangan susah hati kalau sakit hati. Kerana kita boleh kelihatan 'cool' walaupun kita sedang marah atau cemburu atau sayang sangat dengan seseorang". Bagaimana caranya ya? Caranya amat mudah. Kita kembali kepada fitrah manusia, iaitu fitrah rasa bertuhan. Melalui berzikir dengan asmaul husna, ia membantu kita menjadi lebih positif. " Kalau itu, semua orang pun tahu" Kedengaran suara peserta berbisik di belakang.



Ada caranya. Iaitu melalui pencampuran nombor jumal yang terhasil dari nama kita sendiri dalam tulisan jawi. Dari situlah kita boleh mencari beberapa asmaul husna yang berkaitan untuk diamalkan setiap hari. Setiap masalah itu pasti ada penyelesaiannya. Dengan asmaul husna, kita boleh membentuk jiwa lebih positive." Tidak sabar2 rasanya untuk mencubanya. Mudah2an Allah menghilangkan perasaan2 mazmumah yang ada didalam jiwa". Aminn.



No comments: