Tuesday, October 30, 2012

Siri II : Cara Pengiraan Nombor Jumal Nama

Apakah nombor jumal itu? 'Jumal' itu bermaksud Jumlah. Jadi untuk mengetahui nombor jumal nama kita, kita perlu mengiranya berdasarkan huruf jawi. Nombor jumal itu haruslah dikira hasil pertambahan nama diri sendiri dan nama ibu.  

Contoh:

Nama saya: Annisa (النساء)
Nama ibu saya: Hamdah (حمده)

Jadi, saya perlu campurkan kedua2nya:

 (ا+ل+ن+س+ا+ء)
1+1+60+50+30+1 = 143

(ح+م+د+ه)
5+4+40+8 = 57

Jadi, 143+57= 200. Oleh itu, jumlah nombor jumal saya ialah 200




Ok, kita sudah pun mengira nombor jumal nama. Apa seterusnya yang kita perlu lakukan? 

SETERUSNYA,, 
kita perlu senaraikan Asmaul husna mengikut masalah yang kita hadapi atau apa yang kita hajati. 
(Senarai Asmaul Husna pada post siri III)

Contoh:

Saya mengalami masalah sukar untuk memahami ilmu yang dipelajari dan susah untuk mengingat. Jadi, 

Senarai Asmaul Husna yang saya berkaitan dengan masalah saya (juga berkaitan dgn diri seorang pelajar):


NO JUMAL
TURUTAN
ASMAUL HUSNA
MAKSUD

20
94
AL-HAADI 
(الهَادِى)
Maha Pemberi Petunjuk/Memimpin; Memberi Jalan Yg Benar Kpd Segala Sesuatu Agar Berterusan Adanya & Terjaga Kehidupannya

37
73
AL-AWWAL 
(الأَوَّلُ)
Maha Pemulaan/Pertama; Terdahulu Sekali Dari   Semua Yang Maujud

47
77
AL-WAALI 
(الوَالِيُّ)
Maha Menguasai/Menguasai Urusan/Memerintah;   Menggenggam Segala Sesuatu Dalam Kekuasaan-Nya & Menjadi Milik-Nya

56
58
AL-MUBDI’ 
(المُبْدِئُ)
Maha Memulai/Pencipta Dari Asal; Melahirkan Sesuatu Yang Asalnya Tidak Ada Dan Belum Maujud (Kreatif)

78
46         
AL-HAKIIM 
(الحَكِيمُ)
Maha Bijaksana; Memiliki Kebijaksanaan Yang Tertinggi Kesempurnaan Ilmu-Nya Serta Kerapian-Nya Dalam Membuat Segala Sesuatu

86
95
AL-BADII’ 
(البَدِيعُ)
Maha Indah/Tiada Bandingan/Pencipta Yang Baru; Tidak Ada Contoh Yang Menyamai Sebelum Keluarnya Ciptaan-Nya Itu

129
30
AL-LATIF 
(اللَطِيفُ)
Maha Teliti/Lemah Lembut Dan Halus; Mengetahui Segala Sesuatu Yang Samar2, Pelik2 Dan Kecil2

150
19
AL-ALIIM 
(العَلِيمُ)
Maha Mengetahui; Mengetahui Segala Yg Maujud   Dan Tidak Ada Satu Benda Pun Yg Tertutup Dari Penglihatan-Nya

514
98
AR-RASHYID (الرَشيدُ)
Maha Pandai/Bijaksana/Memimpin; Memimpin Kpd Kebenaran, Memberi Penerangan Dan Panduan Pd Seluruh Hamba-Nya



Oleh kerana nombor jumal nama saya cuma 200, Jadi saya perlu memadankan dan menghitung nombor jumal asmaul husna supaya jumlahnya juga 200.

Saya pilih :

NO JUMAL
TURUTAN
ASMAUL HUSNA
MAKSUD

47
77
AL-WAALI 
(الوَالِيُّ)
Maha Menguasai/Menguasai Urusan/Memerintah;   Menggenggam Segala Sesuatu Dalam Kekuasaan-Nya & Menjadi Milik-Nya

56
58
AL-MUBDI’ 
(المُبْدِئُ)
Maha Memulai/Pencipta Dari Asal; Melahirkan Sesuatu Yang Asalnya Tidak Ada Dan Belum Maujud (Kreatif)

78
46         
AL-HAKIIM 
(الحَكِيمُ)
Maha Bijaksana; Memiliki Kebijaksanaan Yang Tertinggi Kesempurnaan Ilmu-Nya Serta Kerapian-Nya Dalam Membuat Segala Sesuatu


Campuran Nombor jumal Asmaul husna:

56+78+47= 181.

Saya masih kurang 19 nombor jumal untuk mencukupkan 200
Jadi, dalam senarai Asmaul husna, saya mencari Asmaul husna yang nombor jumalnya ialah 19.

NO JUMAL
TURUTAN
ASMAUL HUSNA
MAKSUD
19
66
AL-WAAHID (الوَاحِدُ)
Maha Esa

Oleh itu, zikir asmaul husna yang saya perlu amalkan setiap hari ialah:

Ya Allah, Ya Mubdi', Ya Hakim, Ya Waali, Ya Waahid (200 kali)

 SELAMAT MENCUBA.. :)

1 comment:

Anonymous said...

nombor jumal ini diperolehi dari sumber mana ye? boleh saya dapatkan sumber yang sahih?